Monday, February 20, 2012

Dinner @ Pormtip Thai BBQ Seafood Restaurant

Semalam seperti biasa takda kemana2 pun, cuma menjadi mak supir saja. duduk di rumah inilah masa nak membersih rumah pun kan, cuci segala sawang2 yang bersangkut celah2 lemari siling rumah tu. apa lagi nak buat, takkan nak mengadap tengok tv dari pagi sampai ke malam walaupun tv tu memang ON je sepanjang masa tapi cukuplah sekadar dengar suara orang bercakap dalam tv tu dari senyap sunyi sepi.

Bila petang dalam 6pm tu mulalah keluar pegi menjemput si Faizal and terus pegi dinner. kali ni kami dinner di thai restaurant dekat Bandar Sri Permaisuri. memang selalu je aku pegi makan dekat area kawasan ni, yang selalu letak minum dekat PapaRich pun dekat area sini jugak. nak tau mane letaknya restaurant Pormtip Thai ni, cuba pusing2 dekat area shop lot tu mesti jumpa punyalah....just belakang restaurant Ikan Bakar Bellamy tu.

ice lemon tea RM3.50

penang char kuey teow RM7.90

tom yam noodle soup RM7.90

coke RM3.50

Tom yam noodle ni memang sedapppppppppppppppppppppppppppppp betul, pedas berdesing tu memang dah pasti. isi perutnya pun boleh tahan banyak. memang setiap masa makan dekat sini pasti akan tapau tom yam seafood, boleh makan dengan nasi putih kalau teringin nak berlaukkan tomyam nanti. lagi satu kalau nak makan berlauknya, ikan siakap steam asam dia wa cakap lu memang marvelousssss tau, cubalah. harga adalah berpatutan tapi bila ramai customer, memang makanan agak lambat sampai. service charge 10% dikenakan di sini tapi takda gov tax. nak alamat penuh....meh check dekat bawah ni;

PORMTIP THAI
BBQ SEAFOOD RESTAURANT
83G, Jalan Dwitasik 1
Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri
Cheras
Tel: 03 9171 2711

2 comments:

Kakzakie said...

Aduh Ann... kakak bila org kata tomyam memang pun lidah macam terasa-rasa. Tomyam kakap pun suka...

Ann Ishak said...

tekak kita samalah kak