Thursday, February 16, 2012

Empat Rakan Didakwa Bunuh Sahabat

KUALA LUMPUR: Empat rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini Rabu atas tuduhan membunuh seorang sahabat mereka di sebuah kondomiminum dekat sini, dua minggu lepas.


Sherill Clarissa Razif, 23, Elina Mahli, 24, Huzaifah Kamal, 23, dan Raja Nur Bahiah Raja Kamarulzaman, 23, didakwa membunuh seorang wanita, Nor Shahirah Hassan, 26, di Blok 3, No 3-7-7, Genting Court Condo, Jalan Genting Klang, Setapak dekat sini antara pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi, 3 Februari lalu.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.


Keempat-empat tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka oleh jurubahasa mahkamah.


Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.


Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menetapkan 19 April depan untuk sebutankes.


Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Cif Insp S. Chandra manakala hanya Sherill diwakili peguam Leng Wie Mun.


Akhbar sebelum ini melaporkan kematian seorang wanita, yang dikatakan membunuh diri dengan terjun dari tingkat tujuh sebuah kondominium di Jalan Genting Klang, Setapak, dekat sini, sebaliknya mempunyai unsur jenayah selepas polis menemui kesan melecur pada badan mangsa. - BERNAMA


credit to mStar online


Tah apa pulak motip pembunuhan kali ni, macam murah sangat nilai nyawa manusia sekarang kan...kawan2 pun sampai hati jugak nak buat sampai macam tu kejam sekali.

7 comments:

KhaiRin : anies said...

org skrg, kena cubit skit blsn nyer = bunuh

Mama Ema said...

perempuan sama perempuan tu..muda pulak

CheNamNam@CNN said...

bukan setakat murahnyer nyawa tapi rase tak selamatnyer hidup dibumi sendiri..nak berkawan pon dah takott sebab kawan pon dah takleh caye skang nehhh apatah lagik pasangan kekasih..marah sikit cemburu sikit kasik bunohh...huhh takozzzznyer makk...!!

CheNamNam@CNN said...

owhh luper lak nak cakap header kamo chantekk..!!

iizla said...

macam-macam!!

Kunang-Kunang said...

Sekarang ni, selalu sangat dengar orang bunuh orang. Apalah nak jadi dengan negara kita ni.

Ann Ishak said...

thanks chenamnam, header tu hadiah dari inaachik.blogspot.com