Saturday, February 4, 2012

Hello Unifi

Bukannya aku terus tutup my broadband tapi cuma nak mencuba guna wi-fi di rumah pulak. lagi pun broadband dekat area rumah aku ni ala2 manja gitu, kejab cepat kejab lagi lembab sampai naik sembab.

Bila dah belek pakej yang ditawarkan, setuju dan proses pemasangan pun dibuat. sekejab je pasangnya, dah boleh melayari internet tanpa ganguan lagi dan di samping tu boleh buat call jugak. akhirnya aku ada no telephone rumah ko tapi sampai sekarang tak hafal pun no phone rumah sendiri winkkkkk. dan sekarang ni tv dekat rumah pun dah ada decoder lain jugak, alahaiii dah banyak bebenor pulak channel sampai tak tertengok. terus aku pakat dengan Faizal tak payah ambik Astro Beyond lagi sebab sekarang dah ada HyppTV yang menyajikan lebih dari 76 saluran yang memang menarik + ada HD sekali. yang pentinggggggggg sekali, bila hujan lebat tidak ada lagi gangguan siaran yang macam selalu jadi dekat Astro tu...alahaiii nikmatnya.

So far selepas menggunakannya selama sebulan ini, aku sangat berpuas hati dengan perkhidmatan internet ini. cuma satu jelah yang tak tahannya, pakej yang ditawarkan pada aku adalah agak mahal VIP5 (RM149), VIP10 (RM199) & VIP20 (RM249) dan ini tidak termasuk cukai perkhidmatan. belum lagi yang melibatkan kos2 lain seperti pemindahan, nak downgrade/upgrade pakej ataupun nak menamatkan pakej memang dikenakan bayaran yang memang mencekik darahlah...memang buat duit betul TM ni. tapi masih memuaskan hati kalau nak compare dengan streamxy yang memang terkenal dengan lembabnya tu. yelah mana ada perkhidmatan yang percuma ye dok, nak masuk toilet pun kena bayar babe...hadapkan jelah.

Akhirnya my house full covered by Unifi hahahaha suka suka suka

2 comments:

Eri-chan said...

wah menariks.....ko amik yg mana satu pakej beb?

Ann Ishak said...

aku ambik VIP20