Friday, February 3, 2012

"Jangan Beri Sedekah Kepada Pengemis"

KUALA LUMPUR: Masyarakat perlu dididik supaya tidak menghulurkan sumbangan kepada golongan pengemis, sebaliknya menyalurkan bantuan kepada pihak seperti rumah anak yatim, pertubuhan bukan kerajaan dan rumah ibadah berdaftar.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata langkah itu perlu dibuat dalam usaha membanteras kegiatan pengemis di bandar-bandar utama termasuk ibu negara yang menjadi tumpuan pelancong asing dari seluruh dunia.

"Jika kegiatan ini tidak dibendung dengan segera, dikhuatiri satu masa nanti, bandar raya Kuala Lumpur akan menjadi lokasi utama golongan pengemis dari merata negara untuk meraih simpati," katanya ketika melancarkan kempen membanteras pengemis "Henti Memberi, Kami Prihatin" di sini, Selasa.

Raja Nong Chik berkata aktiviti mengemis perlu dicegah kerana ia memberi gambaran negatif terhadap Malaysia di kalangan pelancong asing.

Memetik data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Lumpur, beliau berkata seramai 462 pengemis diselamatkan di ibu negara berbanding 373 pada 2010 dan 236 pada 2009.

Raja Nong Chik menarik perhatian bahawa tangggungjawab membanteras gejala mengemis perlu digalas oleh semua pihak dan bukan terletak di bahu JKM sahaja.

Kempen selama enam bulan itu digerakkan secara bersama oleh JKM Kuala Lumpur dan Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Parlimen Lembah Pantai.

Dalam pada itu, Raja Nong Chik berkata sistem jalan sehala di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, akan diperkenalkan semula mulai 6 Februari ini. - BERNAMA

Aku tetap yakin bahawa separuh (taklah sampai setengah tapi mungkin suku atau 5%) dari pendapatan kita setiap bulan adalah bukan milik mutlak kita tapi adalah milik orang yang lebih memerlukan dan alhamdulillah aku masih mengamalkannya sehingga kini. tapi aku berasa ragu2 jugak dengan orang buta yang selalu meminta dekat kedai2 makan tu...setiap kali ternampak tu hati ni mesti berdetik sesuatu yang kadang2 aku rasa kurang enak pulak. setiap kali aku makan dekat Kg Baru, rasanya mau sampai lebih dari 5 orang datang menadah tangan ataupun hulur tisu...macam mane tu. untuk mengelakkan keihklasan hati ni menjadi lain, lebih eloklah kita bersedekah kepada rumah2 amal, rumah2 kebajikan, rumah2 anak2 yatim piatu, rumah2 orang tua dan jugak masjid2 agar bolehlah duit itu digunakan pada jalan yang lebih baik dan berkat.

3 comments:

azieazah said...

Betul lah. Kadang2 time makan tu memang ramai yg datang jual tisu utk minta sedekah. Kadang tu sampai 2,3 kali orang yang sama duk ulang. Serba salah kita dibuatnya.

KhaiRin - anies said...

sy slalu dilema kalu berhadapan dgn hal2 mcm ni...nk beri ke x..kalu beri tkt dia ni sebahagian drpd sindiket...kalu x beri rs kesian

Ann Ishak said...

samalah perasaan kita ni tapi tulah hanya Allah yang maha mengetahui