Sunday, February 5, 2012

Kasut dan Jerat

Tak sabar rasanya nak menonton rancangan istimewa sempena Maulidur Rasul hari ni, 'Kasut' @ 1030am @ TV3...pasti meruntun hati kan.

Hari ni juga adalah hari yang penting untuk kita umat Islam, mengingati hari kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad SAW. dan tema untuk tahun ini adalah 'PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH'.

Biasanya kalau penulis wanita, kita dah membayangkan yang jalan cerita mestilah kisah cinta yang pelbagai tu. hahhhhhhhh jangan tertipu, buku Jerat ni lebih menjurus kepada fiction yang mampu menarik minat untuk membacanya.

Buku 303 muka surat ini boleh di dapati dengan harga RM20, dan kalau beli secara online di Kedai Buku Fixi...bolehlah dapat lagi 15% discount. sinopsisnya pulak;

Apakah kaitannya dua pembunuhan kejam dan satu kemalangan (atau mungkin juga sebenarnya percubaan bunuh yang gagal) dengan sebuah tender IT bernilai RM400 juta?

Kemalangan itu meragut ingatan Shereen. Apabila terjaga dari lena yang panjang, semuanya hilang. Dia perlu bangun semula dan bina kehidupan dan kenangan baru. Tetapi kini dia tidak pasti, siapa kawan, siapa lawan. Siapa Tash? Siapa Melia? Siapa Adele? Siapa Rizwan Zakaria? Siapa Datuk Hasnoor? Siapa Rahmat Hamidi? Dan siapa pula Pak Ya?

Di tengah-tengah kekalutan itu, dia juga perlu membongkar kegiatan penyeludupan kod-kod program ke luar negara yang didagangkan di pasaran gelap. Mampukah kepakaran IT Forensiknya membantu? Mungkinkah dia akan melepasi JERAT, atau akhirnya kecundang?

Berminat nak memiliki buku ni, meh pegi dekat www.fixi.com.my

Anyway selamat menyambut Maulidur Rasul dan sempena cuti panjang ni, ku isi dengan mentelaah buku2 bacaan semata.

3 comments:

terpatrisinarabadi said...

rajinnyer dia membaca..hehehe

Anis Azalea said...

wooo dah ada..
aku pulak beli kat popular guna diskaun kad 10% la..

Ann Ishak said...

buku ni aku beli dekat book shop dalam CM, memang takde dis langsung huhuhu