Thursday, February 23, 2012

Menyentuh produk kulit babi

Fiqah Amali - soal jawab yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari majalah kegemaran aku sekarang, SOLUSI Isu No. 40...artikal berada di muka surat 38 hasil tulisan Ustaz Fadzli Al-Yamani dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan : Adalah perlu saya menyamak tangan kerana telah memegang kasut yang diperbuat daripada kulit babi? Apakah hukum memakai kasut yang diperbuat daripada kulit babi?

Jawapan : Terdapat beberapa firman Allah s.w.t yang menyatakan dengan jelas tentang pengharaman babi. Antaranya firman Allah yang bermaksud;

"Diharamkan bagi kamu bangkai, darah dan daging babi." (Surah al-Ma'idah 5:3)

"Katakanlah wahai Muhammad: 'Aku tidak mendapati dalam apa-apa yang telah diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, melainkan benda itu bangkai, darah mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia kotor.' " (Surah al-An'am 6:145)

Ayat-ayat di atas menyatakan bahawa babi sebagai najis atau kotor. Sehubungan dengan itu, ulama mazhab Syafi'i sepakat berpendapat bahawa haram menggunakan semua barangan yang diperbuat daripada babi, sama ada daripada bulum kulit, tulang sebahagiannya yang lain. Tidak kira sama ada dalam bentuk barangan, peralatan dan lain-lain termasuklah juga ubat-ubatan.

Malah, jumhur fuqaha termasuk Imam Malik, Imam Hambali dan Imam Hanafi mengharamkan kulit babi walaupun sudah disamak kerana ia termasuk dalam kategori najis mughallazah (berat).

Terdapat dua kemungkinan yang berlalu kepada penyoal di atas. Sekiranya menyentuh kasut tersebut yang kering dan tangan pun kering, maka tidak perlu disamak. Sebaliknya, jika salah satu atau kedua-duanya; tangan atau kasut yang basah, maka perlu disamak.

Caranya adalah dengan membasuh sekali dengan basuhan air mutlak yang dicampurkan tanah, seterusnya membasuh pula dengan air mutlak sebanyak enam kali.

Mazhab Syafi'i berpendapat bahawa setiap kulit daripada binatang yang sudah mati boleh disucikan dengan penyamakan kecuali kulit anjing, babi atau binatang yang lahir salah satu daripada kedua-duanya. "Sebenarnya, kulit khinzir tidak dapat disucikan dengan penyamakan. Ini kerana najisnya bukanlah pada darahnya, atau pada ketika ia basah, tetapi pada zatnya." (Bada'i al-Shana'i, jil. 1, hlm 370).

Jadi penggunaan pakaian, beg, kasut dan apa-apa sahaja yang dibuat daripada kulit khinzir bagi seorang Muslim tidak dibolehkan, walaupun kulit yang digunakan itu sudah disamak terlebih dahulu, sebagaimana pendapat jumhur ulama.

Ada beberapa tip untuk mengenali kulit babi supaya tidak terbeli produk tersebut. Antaranya adalah:
  • Terdapat tiga titik dalam satu kelompok titik yang ada.
  • Kebiasaanya digunakan sebagai lapisan bahagian dalam kasut kerana kelembutannya.
  • Barangan yang banyak menggunakannya ialah kasut dewasa dan kanak-kanak.
  • Produk berasaskan kulit babi lebih murah berbanding yang lain.
Baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang memelihara dirinya daripada perkara yang meragukan, maka sebenarnya ia menjaga kebersihan agama dan kehormatan dirinya." (Riwayat Muslim no. 1599).

3 comments:

KhaiRin : anies said...

kesimpulannya kite kena la lbh berhati2..jgn terlalu ghairah membeli smpi mengabaikn hukum... (nasihat utk diri sendiri jg)

Ann Ishak said...

ingat hukum tak boleh diubah

Uzeri said...

Tiada dalil yang meyatakan kena sertu bahagian anggota yang terkena sentuhan dari babi.