Wednesday, February 22, 2012

My Homemade Maggi Goreng Kerang

Tekak nak makan maggi pulak malam tadi, okaylah bukannya selalu pun nak makan maggi ni tapi bila sekali teringin memang nikmatlah kalau mendapat. senang dan cepat je, macam biasalah campak2 masuk kuali...jadilah maggi goreng kerang kita.

Aku lebih suka pakai maggi yang takde perencah tu, ala yang memang maggi semata je. rendam dalam air panas sampai lembut dan toskan. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi, kemudian masukkan cili kisar...tumis hingga cili masak/garing. selepas tu masukkan kicap manis dengan sos tiram, kacau3x masukkan kerang, fishcake dan kobis.

Masukkan telur dan kacau3x, masukkan maggi. kacau rata dan tambahkan sos ikan secukupnya. akhir sekali barulah masukkan taugeh kacau sekejab dan bolehlah tutup api

dimulakan dengan Bismillah, diakhiri dengan Alhamdulillah...
syukur dengan rezeki yang Allah berikan

6 comments:

norlieharumaini said...

amboi sedapnya mee tu

SURIA AMANDA said...

sumpah now i rasa lapar lagi...tolongggggg...

KhaiRin : anies said...

kenapa mi tu x rupe megi?

♥ Leily | Ummi Alya Husna ♥ said...

mmmeabeles aje lapo2 ghini..
heheheh.. =)

IDAZS said...

sedapnya, menyelerakan :)

Ann Ishak said...

mee maggilah tu sayang anis oiiiii