Thursday, February 2, 2012

My Homemade Singgang Ikan Kembung

Selamat pagi uolsss, hari ni aku dah masuk office semula...cuti sehari je uolsss sempena Hari Wilayah semalam, jadilah ek walaupun sehari. sebab cuti2 sehari semalam, rajinlah sikit aku nak sediakan makanan untuk makan malam tadi walaupun semuanya serba pantas dan cepat je siapnya. teringin pulak rasanya tekak ni nak makan lauk jenis singgang, tengok ada stock ikan kembung...apa lagi teruslah ON je menyinggang.

Didihkan air dalam periuk dan masukkan bawang putih bersama lengkuas (di hiris), serbuk kunyit dan juga asam gelugur (asam keping). kemudian masukkan ikan kembung dan biarkan mendidih. selepas tu perasakan dengan garam dan biarkan seketika. akhir sekali bolehlah letakkan tomato dan sedia untuk dihidangkan. kalau ada yang tak suka tomato, boleh gantikan dengan bendi jugak.

Aku suka hidangkan selepas beberapa jam kemudian, saja nak bagi rasa asam pedas tu mesra dan kalau dah sampai masa untuk dinner tu, panaskan sekejab dan bolehlah hidangkan...baru rasa kawwww babe.

telur dadar

sayur sawi goreng

Selain dari ikan singgang, telur dadar dan sayur goreng macam biasa adalah jugak sambal cecahnya yang tak pernah terkecuali, kali ni aku sediakan sambal tempoyak. terus makan bertambah2 habis sepiuk nasi...alhamdulillah

6 comments:

dear anies said...

tu diaaaaaa... masterchef kt dapuq sendighi hehehe

kathy said...

kalau ada sambal tempoyak mmg sdp makan.. sy pun akan bertambah je nasi kalau ada tempoyak..huhu~

emarieys said...

time cuti jer..yg nak masak kan..heheh..masakan yg simple mcm ini sangat menyelerakan

Azlan Strider said...

sib baik bukak entry nie ade masa lagi sejam utk lunch..perut dah lapar sbb pg tadi lupa bfast..hehe

Regards,
-Strider-

nur anis said...

saya suka ikan kembung singgang..tapi ikan kembungnya x suka yang gemok-gemok..hehe

Ann Ishak said...

ikan kembung kecik2 tu sedap goreng garing2 kan...