Friday, February 10, 2012

My Homemade Sup Ayam Ginseng

Aku merasakan dunia kerja semakin sibuk sampai laki bini pun tak bertegur sapa bila di rumah. apa taknya aku balik Faizal tak balik lagi, baliknya masa aku dah membuta. paginya pulak aku bangun Faizal tido lagi, memang sampai aku keluar rumah pegi kerja pun dia tak sedar. weekend pun sama je susah jugak nak berjumpa sampaikan satu tahap rasa...penattttttttttttttnya badan ni. akibat kurang rehat, badan ni rasa lemah2 je, kepala memang selalu pening pusing, badan pulak kadang2 tu rasa macam nak melayang. bila aku pegi klinik, doc cakap kurang rehat dan ada stress jugak. Faizal pulak mengalami peningkatan kadar kolestrolnya akibat makan pun tak menentu, asyik lapo manjang hihihihi macam mana nak kecik badan tu. doc hanya bagi ubat saja tapi dalam masa yang sama dinasihatkan ambik makanan yang berkhasiat saja.

Last weekend masa cuti panjang tu, aku sempatlah balik Seremban...mengadu domba dengan my kakak. wahhhhh ala2 manja gitu mintak simpatikan. masa nak balik KL semula, my kakak bekalkan ginseng untuk di rebus bersama sup nanti. alhamdulillah dapatlah meredakan segala masalah kesihatan yang sedang kami hadapi ni. akhirnya petang semalam aku memasak sup ayam bersama ginseng tu...ginseng tu my kakak beli di kedai ubat cina.

Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. seterusnya masukkan seekor ayam dan kacau rata. kemudian masukkan air sehingga tenggelam ayam tu dan didihkan bersama kayu kayan ginseng tadi sehingga air menjadi setengah periuk dan tambah lagi sehingga 1-2 jam. bila dah keluar segala jus ayam tu, barulah masukkan lobak merah. perasakan dengan sos ikan.

Memang sesuai di minum supnya, ayam tu memang dah takde rasa sangat sebab jus ayam dah mesra bersama sup tersebut.

Takkan nak minum sup je kan, adalah jugak sediakan makanan lain untuk buat lawan dengan nasi putih.

6 comments:

Aine Ainun said...

Mesti bertenaga kan makn:)

Kakzakie said...

Bila lihat sup yg Ann buat teringat masa dlm pantang, selalu buat sup ginseng.... bila dah tak pantang tak adalah kakak nak buat lagi. Bagus sup ini buat kita berpeluh-peluh...

eMMe said...

rajinnye masak.... slurppp... best hirup sup ayam..feveret...

Mas said...

tak pernah try sup ginseng...mst bdn rasa segar je kan :) bwt slm perkenalan ye :))

munna said...

munna pun tak pernah makan sup yg ada ginseng...

Ann Ishak said...

terasa ringan badan bila makan sup ginseng ni