Wednesday, February 1, 2012

Penduduk Selangor Tertekan Rumah Siap Tapi Tiada CF

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berharap Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menyegerakan keputusan mengenai pengeluaran sijil layak menduduki (CF) bagi projek apartmen Alam Prima di Shah Alam.

"Projek Alam Prima sudah siap, hanya menunggu CF drp (daripada) MBSA... minta MBSA menyegerakan keputusan," kata Perdana Menteri menerusi mesej Twitter beliau hari ini.

Beliau menjawab soalan seorang pengikut twitternya '@Rosmanhashimi' yang bertanya mengenai status terkini projek di bawah selenggaraan Syarikat Perumahan Negara Berhad itu yang lewat diserahkan kepada pemilik selama dua tahun.

Apartmen Alam Prima itu ialah projek Rumah Mampu Milik di Seksyen 22, Shah Alam, membabitkan pembinaan 444 unit apartmen kos sederhana. Ia mula dibangunkan oleh SPNB pada 6 Ogos 2007.

Boleh rujuk twitter http://twitter.com/#!/razalisaleh untuk maklumat lanjut.

Apalah lambat sangat siapnya ek, takkan diorang ni tak buat kerja kot. macam mane pulak dengan project2 yang lain, sama lambatnya ke?!!!

5 comments:

Azlan Hasan said...

klu CF tak dapat sbb paperwork xpe laa..jangan sebab mmg btul2 rumah tu tak layak dpt CF dah laa...hehehe

Regards,
-Strider-

Hazlina Shahrel said...

yes.. sbb rumah tu mmg tak layak dpt CF.. too bad the quality also out!! sapa nak luluskan jika membahayakan penduduk suatu hari nnt.. nnt kata bg CF tak chek dulu.. me agree with MBSA. tah la patut diberi gelaran rumah atau reban je..

Rosman Alwi said...

saya lah org yg twit tu... actually @rosmanhashimy ...

Ann Ishak said...

Rosman Alwi - boleh tanya, kes ni ada unsur2 politik ke...?!!! susahlah kalau ada ek

Rosman Alwi said...

Unsur mengenai MBSA xnak luluskan CF tidak ada. Sebab ini memang salah SPNB. Sehingga hari ini. SPNB belum submit borang E untuk memohon CF kepada MBSA. So macam mana MBSA nak luluskan CF jika borang permohonan pun tidak diterima lagi.

Kalau awak google. Banyak projek SPNB terbengkalai. Dan banyak juga kualiti rumah SPNB yang teruk.