Monday, February 13, 2012

Ramai je orang dekat Kluang Station

Walaupun macam2 kontroversi pasal status halal dekat kedai ni tapi ramai je orang melayu kita yang singgah makan minum di sini. yelah yang menjadi kontroversinya hanyalah tempat originalnya sendiri di Kluang sana tu, tapi tak taulah sekarang keadaannya macam mana kan.

Green lime soda RM4.90 for Faizal and 3 layer tea RM5.50 for me. pertama kali aku mencuba minuman 3 layer ni, ternyata memang sedap betul...dah jadi minuman wajib pulak sekarang ni. pantang pegi minum mane2 kalau nampak je ada layer tea ni mesti order punya. Kluang Station yang aku pegi ni dekat dalam Tesco Ampang, sebelum pegi beli barang basah untuk stock di rumah, singgah minum sini dulu.

Belum cuba makanan dekat sini lagi tapi bila tengok meja orang lain kiri kanan nampak makanan2 yang mereka pesan tu cam sedap menarik je. nantilah nak cuba makanan dekat sini pulak. sekarang ni perut tengah sebu sangat, tak larat nak makan apa2 dah, tak caya cuba tengok perut abang tu...dah penuh compartment tu hihihihi. service dekat sini adalah cepat dah tak sia2lah diorang kenakan 10% sercive charge + 6% gov tax.

5 comments:

azieazah said...

Tesco Ampang? Sepelaung jer dri rumah Kak Azie. Tempat tu juga tempat Kak Azie beli barang. Kluang Station tu pernah sekali jer Kak Azie singgah minum. Pun air Soda Lime yg sama tu juga. hehehehe

Lia said...

kat sg petani ni takde lagi Kluang Station. huhu.. jd tak penah lg try makan2 kat situ.. heheeee

Azlan Hasan said...

kat bawah opis saya pun ade keluang station gak..not bad service dia..makanan pun sedap..hehehe

Regards,
-Strider-

lady scooter said...

hi...salam kenal...tima kasih follow saya... bestnye green lime soda tu...

Ann Ishak said...

memang sedap air tu