Friday, February 10, 2012

Serius sedap karipap Ikea

Tadi masa lunch, dek kerasukan teringin bebenar tekak ni nak makan karipap, teruslah pegi Ikea ko...takpe ramai je kawan2 yang nak melayannya. memilih pulak tu, nak karipap dekat Ikea je...mengada sungguh tekak ni. terus beli 2 bungkus (6 biji each), 1 makan terus 1 lagi bawak balik.


Bukan takat karipap je yang beria nak makan tapi beli jugaklah hotdog ni dengan soft drink sekali. makan sambil berdiri macam orang nak cabut lari je gamaknya. nak lari pun tu ha masuk dalam Ikea cari2 barang mane yang berkenan. bila pegi waktu lunch ni mata kena pantas, jalan sekali round je...berkenan terus sambar, takdenya nak terbelek2 sokmo.

Mamat ni memang paling suka makan karipap Ikea ni, lagi best dari makan meetball or daim cake dekat tingkat atas...katanya.


ni hanya gambar tempelan, dia memang takde dalam ini wayang gambar

4 comments:

Mrs. Amad said...

like..like..like..mmg sedap bangat siap ade isi telur rebus kan.last weekend sy soping kat ikea petu bli 10 karipap tu..huhuhuhu..yg best air bleh refill smpai kembung perut..kekekekek!!

fiza nurani said...

Haha, kelakarmrs amad ..

Rezeki, semuanya sedap, kalau kita ikhlas :)

Ann Ishak said...

hihihi alhamdulillah

oddity isme said...

Dear Karipop Lover! Hanya RM20 untuk 10pcs Karipop yang besar, rangup dan tasty! Puasa semakin hampir, cubalah Karipop perisa ala barat:-

[Beef Casserole]
[Mac n' Cheese]
[Mushroom n' Onion]
[Mashed potato n' Chicken Sausage]

call: 016643 3687

website: http://www.facebook.com/pages/I-love-Karipop-Not-your-ordinary-karipap/379236962142130