Sunday, March 11, 2012

1st year anniversary - makan satay 15 sen

Aku bukannya penggemar tegar satay, kalau teringin je baru mencari tapi takat 5 cucuk tu kira paling banyaklah aku makan...selebihnya tolak dekat orang sebelah je. sekarang ni secucuk satay pun dah mencecah 70-80 sen secucuk. kalau satay tulang yang kemain feberet tu pun RM1 secucuk tapi dah kata feberet memang aku sanggup je membelinya tiap kali balik Jelebu.

tapi dekat Taiping aku jumpa satay yang beharga 15 sen secucuk tau

niat nak makan bihun sup tapi sayang dah habis, tengok harga semangkuk bihun sup RM1 sahaja

akhirnya aku makan laksa tapi laksanya sedappppppp

Kedai untuk satay dengan bihun sup ni bersebelahan je dan memang murah2 harga makanan yang lain2nya jugak. nak cari tempat ni senang je, hanya bersebelahan dengan Petronas pump station Kemunting. tak jauh dengan tempat penginapan kami.

set nasi dengan ikan bawak yang memang sedap walaupun simple je untuk Faizal

sataynya kecik je tapi puas makan, berpadananlah dengan harga 15 sen secucuk

3 comments:

Prettywrite said...

sedapnya kak..murah lak tu..dah lama tak makan satay..oh ohh..

Mimy Hamid said...

murah nya satay 15 sen jekkkkkkkkk

Ann Ishak said...

satay murah yang pernah aku makan, sedappppppp