Thursday, March 8, 2012

1st year anniversary - Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang

2nd time dah mai makan sini, tapi still nak menyinggah jugak bila teringat udang yang banyak dan segar. rugilah kalau dah mai Taiping tapi tak pekena makanan dekat kedai Mak Jah Kuala Sepetang ni, sebut je nama tempat...dalam kepala dah teringat mee udang kan.

kuey teow goreng special

Tapi sekarang Mee Udang Mak Jah ni dah bukak cawangan dekat KL (Wangsa Maju), taklah payah nak ke Kuala Sepetang tu lagi kan semata nak menikmati mee udang. aku belum pernah cuba lagi yang dekat Wangsa Maju tu tapi dah ada dalam list 'must try' makan.

Seperti biasalah walau kemana saja aku pegi, tempat paling utama yang harus aku terjah adalah tempat makan. di Taiping ni tak kurang hebat jugak tempat2 makannya, terutama sekali di Kuala Sepetang khususnya dengan mee udang yang kemainlah famous. liputan memang banyak mengenai keenakan mee udang mak jah ni sehinggalah kalau pegi masa cuti, memang penuh sesaja.

nasi goreng udang special

Kami memang tak memilih untuk makan mee udang sebab pada kami rasanya biasa2 je cuma yang best banyak udang, so kami pilih makanan lain selain mee udang dan ternyata sedap pada masakan tu sendiri selain dari rasa manis udang.

gigih mengupas kulit udang

bukti udang ni memang bersaiz XL dan

banyak ekornya dalam setiap mangkuk

Aku cuba makan cucur udang jugak dekat sini, macam biasa akan ada udang besar tertepek dekat atas cucur udang tu + makan bersama dengan kuah kacang...sedappppppp

ABC yang ada laici, lepas ni nak cuba try test yang dekat Wangsa Maju pulaklah...alamatnya;

Blok 3A, No.22, Jalan Wangsa Delima 10,
d'Wangsa, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.
Tel: 03-41314430

3 comments:

Kathy Tuah said...

sy pun suka makan mee udang mak jah kat kuala sepetang tu..tapi x penah try makan makanan lain..asyik mee udang je..hihi..tp abc kat sana mmg best ^^

KhaiRin : anies said...

best nyer..tp org yg ada resdung ni cuma mampu tgk je la

Ann Ishak said...

si Faizal pun ada masalah resdung jugak tapi dia makan okay je, anis kena cuba dulu...mane tau okay jugak.