Saturday, March 10, 2012

1st year anniversary - Night Safari Taiping

Rasanya inilah night safari pertama dekat Malaysia ni dan pertama kali jugak aku sampai dekat sini...Zoo Negara yang dekat KL tu pun tak pernah aku jejak kaki lagi. yang menariknya tempat ni adalah kita dapat melihat sendiri kehidupan haiwan2 pada waktu malam yang mana lebih active berbanding waktu siangnya. malam tu hari hujan renyai pulak tapi tak lebatlah, cuaca memang panas ko.

welcome to Zoo Taiping & Night Safari

harga tiket adalah berbeza dengan zoo pada waktu siangnya

punyalah panjang orang beratur nak masuk night safari ni, ini baru hujung minggu...dah boleh bayangkan kalau musim cuti sekolah pulak sampai mana panjangnya line ni

Memandangkan hujan renyai tapi tak lebat ni, aku dengan Faizal pakat naik tram saja...Faizal ni senang demam kalau terkena hujan. kalau tak hujan boleh jalan kaki saja, lagi syok sebenarnya coz dapat melihat haiwan2 ni dengan lebih lama. kalau naik tram pulak, alamatnya sekali lalu jelah.

ada 2 pilihan, ikutlah yang mana satu pilihan hati...kami naik tram je

walaupun hujan renyai tapi cuaca memang panaslah sampai berkilat2 muka, masa naik tram tu lagilah panas ko...kena pulak aku dapat seat dekat dengan driver

Aku pakai camera yang tak berapa nak canggihlah so memang takde ambik gambo binatang pun, kalau ambik jugak aku rasa tak nampak apa pun kot. kot yang ni jelah yang dapatnya tu pun sang gajah tu duduk dekat dengan laluan ada cahaya. cuma dalam zoo ni tidak digalakkan menggunakan camera yang flashnya kemain memancar2 tu, terkejut sang unggas mergastua tu nanti.

Info Zoo Taiping & Night Safari di Taiping, Perak

Larangan di Night Safari

Ditegah memberi makanan dan mengganggu binatang.
Dilarang melintas halangan serta memetik, memotong atau merosakkan pokok dan tanaman
Dilarang membuang sampah merata-rata. Sila gunakan tong sampah yang disediakan.
Dilarang membawa masuk binatang peliharaan
Dilarang membawa masuk lampu suluh dan kamera berflash

Bayaran masuk

Dewasa : RM16
Kanak-kanak (3 -12 tahun) : RM10

Keretapi Mini Night Safari: Percuma

Diskaun: Rombongan dewasa (lebih 20 orang) dan warga tua (55 tahun ke atas): RM13

Rombongan kanak-kanak (3-12 tahun) lebih 20 orang: RM8

Dibuka setiap hari bermula 8 malam hingga 12 tengah malam

Zoo Taiping pula dibuka setiap hari sepanjang tahun termasuk Ahad dan cuti umum bermula 8.30 pagi sehingga 6 petang

Alamat Zoo Taiping:

ZOO TAIPING
Jalan Taman Tasik,
Taman Tasik Taiping,
34000 Taiping
Perak Darul Ridzuan, Malaysia

Tel: 605 – 808 6577
Faks: 605 – 806 6025
Emel: zootaiping@zootaiping.gov.my
URL: http://www.zootaiping.gov.my/

5 comments:

Azlan Strider said...

teringin nak gi night safari..aritu dah sampai dah depan zoo taiping tapi tak masuk sempat takut tak sempat balik KL on time..hehehe :)

Regards,
-Strider-

♥ Leily | Ummi Alya Husna ♥ said...

epi belated anniversary awak berdua..
wah, best woo..

kitorang x pernah sampai lg sana,ínsyaAllah.. akan pergi gakla..
10s atas info yg cukup details tu.. ai like.. =)

Prettywrite said...

mahal jugak ya bayar nak masuk zoo ni..yna pnah pg zoo negara dgn fmly tp xtahu berapa tiket dia..

Mimy Hamid said...

oo gini ek keadaan zoo malam buta...tak sunyi ke

Ann Ishak said...

tak sunyi pun, orang ramai...kalau dapat berjalan kaki lagi best sebenarnya