Sunday, March 18, 2012

Adnan Sempit 2

Aku rasa Adnan Sempit 2 ni cuma sekadar cerita lawak biasa2 aja, sebab mungkin dah terlalu biasa kot lawak2 macam ni disajikan dalam cerita2 tempatan kita akhir2 ni. cuma yang bestnya watak2 dalam cerita ni masih kekal sama seperti cerita sebelumnya dan yang lebih istimewanya kepada watak Adnan sendiri yang berusaha gigih untuk mempelajari gaya hidup orang koperasi eh korporat terutama sekali sekali dalam mempelajari bahasa english...memang hantam kormo sesuka hati je di sebutnya. meh tengok trailer...



Kisah mengenai hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari, Adnan haruslah boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dan merubah penampilan dirinya.

Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.

Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia. Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan.

Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan. Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam Bahasa Inggeris?

5 comments:

Jiah Al Jafara said...

film sekarang ada serinya :D
udah kayak sinetron aja ^^

Prettywrite said...

mesti ending dia sweet jer ni kan?hehe

Mimy Hamid said...

yer betul tak baper lawak sangatttt

munna said...

ANAK MUNNA SUKA SGT ADNAN SEMPIT 2 NI.... ASYIK LAYAN CITER NI JE 2 HARI2 BERTURUT2 SEBAB TGK KAT ASTRO FIRST

Ann Ishak said...

mau jugak anak munna hafal skrip lepas ni hihi