Friday, March 9, 2012

Azura 2012

Indah kabar dari rupa je cerita ni, sorry to say tapi memang menyedihkan sambil menitik air mata nak tunggu bilalah cerita ni nak habis. tahap cerita ni masih tak sampai tahap citer Azura 1984 lakonan Ogy dengan Jamal Abdillah. gandingan pelakon dalam Azura 2012 ni memang kayulah, sorry tapi memang tak menyentuh perasaan langsung...jangan harap rupa cantik je kalau nak tarik orang menonton tapi kenalah pandai menjiwai watak jugak. plot cerita memang boleh tido dari awal cerita sampai akhir, takde tarikan langsung untuk menunggu sampai habis. scene sedih dalam cerita ni dah macam kelakar je, pelakon dah lah kaku, keadaan sekeliling pulak kabur. kalau nak menonton jugak, korang tunggu jelah raya tahun ni, mesti filem ni keluar tv punye...



Azura
, seorang gadis yang gigih menghadapi cabaran hidup untuk mencapai cita-citanya. Dia tinggal bersama ibu saudaranya, Yusni, setelah kedua ibubapanya terkorban ketika tragedi terowong Mina di Mekah pada 1990. Zek pula membesar sebagai anak orang kaya. Kemanjaan dan kemewahan membuatkan Zek tiada deria ‘survival’. Dia sentiasa dikelilingi dengan manusia yang mahu mengambil kesempatan.

Detik pertemuan pertama mereka memberi kejutan pada Zek. Sikap Azura yang sama sekali tidak hairan dengan ‘darjat tinggi’ Zek, membuat dia merasa Azura saja yang dapat memimpinnya. Setelah melihat kesungguhan Zek, akhirnya Azura menerimanya. Zek berhasrat mahu menyunting Azura sebagai isteri.

Ayah Zek, Tan Sri Puteh mempertikaikan kredibiliti Zek untuk menjadi seorang suami yang baik. Padanya Zek belum matang dan berkemungkinan akan merosakkan masa depannya dan Azura. Zek dan Azura lari ke London dan berkahwin. Kerana kedegilan Zek, Tan Sri Puteh mengambil keputusan untuk tidak lagi menyara Zek namun Zek menerimanya sebagai satu cabaran.

Zek dan Azura kembali ke Kuala Lumpur dan menjalani kehidupan baru. Kerana kekurangan pengalaman dan kelayakkan, Zek menghadapi masalah untuk mendapat kerja dan akhirnya bekerja sebagai pembantu di stesen petrol manakala Azura pula terus berjaya dibidang akademik dan di tawarkan bekerja di luar negara.

Tekanan pekerjaan menjejaskan emosi Zek, Azura pula terpaksa berahsia tentang kejayaannya kerana tidak mahu Zek merasa rendah diri. Namun bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan sehelai daun. Bila mengetahui Azura berbohong, dia merajuk dan menginggalkan Azura. Azura terpaksa membuat pilihan, sama ada meneruskan cita-citanya atau terus setia menanti suami.



5 comments:

Ain Shakirah said...

YES. SO BORED !!!! menyesal download.

Prettywrite said...

nasib baik tak tgok..hehehe

Mimy Hamid said...

ntah hapa citer ni..nasib tgk internet jek

Mimy Hamid said...

amboi umar banyak gelagatnya

Ann Ishak said...

aku tengok download je, takpelah asal saja tak tengok wayang