Wednesday, March 7, 2012

Family dinner @ Alai Melaka

Tak plan apa2 pun hujung minggu lepas, tetiba je my sista called ajak pegi makan ikan bakar dekat Melaka. kebetulan pulak Faizal pun cuti weekend tu, apa lagi memang proceed lah. called my abang dekat KD, free jugak makanya berderetanlah ke Melaka petang Sabtu lepas. kami terus menuju ikan bakar dekat Alai sahaja, memang suka je menyinggah dekat sini.

gerai ikan bakar Hj Musa

my ice limau untuk potong lemak tapi bertambah lemak adalah

ikan kembong bakar...
Setiap kali datang makan ikan bakar dekat Melaka ni memang gerai ni saja yang aku berkenan nak pegi. mungkin ini yang menepati selera tekak kot dan my sibling pun suka makan dekat sini jugak, taklah mengikut selera ku semata.

buah berangan...ni beli dekat tepi jalan nak masuk medan ikan bakar

ikan jenahak bakar

kupang masak cili...my niece kemain suka makan

ikan pari bakar

Sotong goreng tepung ni memang sedaplah, sotongnya segar bugar baru naik dari lauk kata tokei gerai ni...tah ye tah tidak mane aku tau kan. nampak nasi putih tu, ye kami makan nasi putih sahaja walau pun ada je nasi lemak di sediakan. tak berapa INlah kalau makan ikan bakar dengan nasi lemak ni, boleh potong selera tau. selepas kekenyangan perut sengkak ke dada barulah berhenti makan, memang ikut nafsu serakah semuanya...alhamdulillah kenyang perut suka hati je. selepas tu kami semua balik ke sarang masing. memandangkan ahad pun Faizal cuti jugak, kami decide to stay dekat Seremban saja but my bro terus balik KD.

7 comments:

Mama Ema said...

sedapnya...rasanya mcm pernah pergi kat sini

KhaiRin : anies said...

kenapa x try kt medan ikan bakar terapung @ umbai? (kg sy sbnr nyer ;-)

Liza Razak said...

terliur tgk ikan bakar..nk pegi jugak la nanti :)

La dOLcE mEa_nAtt said...

suke drop kat blog akk...asik cerita makan2...best!

Kakzakie said...

Gerai ikan bakar ini memang famouslah Ann. ambah pulak makan ramai-ramai dgn hidangan yg mengancam... memang sengkaklah perut ye:)

Mizz ErMa said...

oh, kat alai nih pon ade seafood yer, biasa kitorang p lepak kat umbai aje, len kali boleh ler try dekat alai nih pulak..hihi

Ann Ishak said...

saya memang jarang sangattttt ke umbai, lebih suka dekat alai saja...dekat pun jugak kan