Monday, March 12, 2012

Hantu Dalam Botol Kicap

Berhenti sekejab pasal our Taiping vacation ye, pening aku nak habiskan entry tu. sekarang kita masuk entry movie pulak.

Filem yang aku dah tengok ni adalah cerita Hantu Dalam Botol Kicap, pertama kali dengar title nya pun memang dah ajak mesti cerita lawak kelakar gamat ni. teruja jugak nak tengok, kenapa pulak hantu tu dalam botol kicap kan...kenalah tengok sendiri, dekat pawagam dah habis tapi sekarang ada dalam Astro First.

Ada macam2 jenis hantu rupanya tapi yang paling best adalah hantu kopek tu. mehlah aku habak mai, kenapa hantu dalam botol kicap sebabnya bomoh dalam cerita ni menangkap hantu menggunakan botol kicap. cerita yang memang tak berat sangat, kelakar gawat urat perut dan ada jugak unsur2 takut...dah kata citer hantukan. meh check sinopsis dan trailer;



Mengisahkan Aminah dan suaminya, Hussin pulang ke kampung bersama tiga orang anak mereka, Azri, Epul dan Rina. Aminah ingin meminta ibunya, Nek Temah menjaga ketiga-tiga anaknya . Nek Temah merupakan seorang dukun dikampungnya. Hari pertama tiga beradik itu di rumah Nek Temah, mereka diberitahu tentang pantang larang di rumah tersebut. Pertama, mereka tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua, mereka tidak boleh masuk bilik misteri yang diikat selempang merah. Ketika Nek Temah keluar mengubat, Epul terpandang bilik yang diikat selempang merah dan kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba membuka pintu tersebut tetapi terhalang kerana Nek Temah berdiri di belakangnya.

Pada suatu hari, Nek Temah menyuruh cucu-cucunya menangkap, mencabut bulu dan menyembelih ayam. Nek Temah ingin mengajar mereka agar bekerjasama dan akhirnya mereka berjaya menyempurnakan tugasan tersebut. Semasa makan, Rina teringin untuk makan nasi bersama kicap. Epul mencadangkan agar mereka membuka pintu misteri tersebut. Ketika pintu terbuka, tangan Rina luka dan Epul menggunakan kain pengikat botol untuk membalut tangan kakaknya.Seekor hantu terlepas dan hampir mencekik Rina tetapi disergah oleh Nek Temah.




2 comments:

hani said...

brape bintang ko bagi kt muvi ni?

Mimy Hamid said...

citer ni ok la..kelakar..tak rugi kot beli astro first..anak buah dan anak asuhan suka tgk