Saturday, March 31, 2012

Heritage Hotel Ipoh

Hari Selasa yang lepas, aku dengan Faizal balik Ipoh...rumah opahnya ada buat sikit kenduri doa selamat tengah hari tu. memang rezeki sangatlah sebab Faizal kebetulan cuti, dapat kami balik tolong apa yang patut. memang sibuk sampaikan memang takde langsung gambo yang diambik...mane dan pun nak pegang kamera.

Bila kenduri dah selesai, kemas barang susun pinggan mangkuk segala barulah boleh duduk rehat luruskan badan. bila dah petang lebih kurang 6pm gitu, aku dengan Faizal pun mintak diri untuk ke bandar Ipoh...kami stay dekat Heritage Hotel, hotel yang agak lama di bandar Ipoh ni.

Lokasi hotel ni adalah di tengah2 bandar Ipoh, kalau tak salah bersebelahan dengan Kelab Lumba Kuda Ipoh tapi aku tak perasan pulak dekat sebelah mana.

hotel yang menarik dan selesa

dan tak lupa jugak, hotel ni memang cantik persekitarannya

mini bar

tv area

bath tub dan toilet yang bersih

marble sink

toiletries set

No comments: