Thursday, March 15, 2012

Juara Carta Cinta

LinkSemalam langsung tak bersiaran kan...adoiii bukan sengaja tapi memang tak larat nak angkat kepala pun. dari Selasa malam sampailah hari ni saya masih mamai2 lagi, berjangkit demam dengan si Faizal gamaknya. memang sakitnya seluruh badan dengan kepala berdenguy2 hidung tersumbat, tekak kemain perit dan sudahnya terus dapat MC dari Rabu sampai Jumaat. hari ni alhamdulillah dah boleh bangun dan duduk, tak macam semalam memang melepek habis.

Hari ni bolehlah sikit buat entry light2 saja ye tapi kalau ada tulisan/ayat yang macam susah korang nak paham tu mintak maaf ye, orang sakit ni memang mamai2 mabuk ubat lagi ni.

Beberapa hari yang lepas saya berjaya menghabiskan novel nukilan Lynn Dayana ni. ceritanya taklah berat sangat dan kelakar, boleh buat saya gelak mengekek2 bila membacanya. penggunaan bahasa yang simple, tidak terlalu menjaga tatabahasa. novel keluaran Alaf 21 ni boleh di dapati di semua kedai buku dengan harga RM19.90 sahaja. meh review sinopsisnya;

Ini kisah kejiranan yang gila. Ada pokok yang di siram air panas. Sampai kiamat, pasti tidak subur! Ada karipap yang berintikan julap, maka penatlah berulang alik ke bilik termenung. Maya tersepit umpama inti sandwich yang dihimpit rapat oleh roti panas.

Jiran sebelah kiri selalu membuatkan dadanya terasa mahu pecah. Bekas kekasih yang tidak faham makna tidak. Kata hati Maya. sejarah lama tidak akan berulang kembali. Kata hati Haqiem, sejarah mengajarnya untuk tidak melepaskan wanita idaman hati. Maka, remuklah jiwa Maya bila kerap diasak.

Jiran sebelah kanan pula membuatkan Maya pening. Besarnya bumi Malaysia, mengapa lelaki itu memilih untuk membeli rumah di situ juga? Sudah beristeri, mengapa masih mencuri pandang pada dia?

Kehadiran lelaki yang tidak diketahui namanya itu membuatkan Maya gila! Lelaki ini kaya dengan teori.

Dunia Maya kacau-bilau bak diserang garuda. Siapakah juara di dalam carta cintanya? Yang kanan? Yang kiri? Atau yang sering singgah di dalam hati?

3 comments:

matahati-aishahazhar said...

macam best je buku ni..

dear anies said...

mcm best tp kalu bli entah bla la nk katam nyer

Jahirah said...

sinopsis menarik...blh tmbh koleksi ni...:)