Monday, March 19, 2012

Kulit cerah seri wajah

Orang suka tengok sesuatu/rupa yang cantik kan, kita pun tak terkecuali jugak suka melihat sama. macam aku, memang diakui sukaaaaaaa sangat tengok orang cantik2 ni, kalau ada depan mata mau je mata tak berkelip tengok walaupun sesama perempuan...apa salahnya memuji ciptaan Allah yang indah itu. tapi dek kerana persekitaran kita sekarang ni, dengan udara yang berhabuk, panas...muka mulalah berminyak sampai boleh buat pancaran cahaya nur tambahan pulak. lama kelamaan kulit pun dah mula kusam suram je, ada jugak tu siap tepek compact powder...dah macam semacam sebab muka terlebih cerah berbanding batang leher sendiri.


Aku ada petua yang arwah nenek pernah turunkan dan mesti korang pun biasa sangatttttt dengan petua ni untuk mencerahkan kulit wajah ni. petua mencerahkan wajah menggunakan beras, haaaaa mesti korang tau kan...ala2 bedak sejuk bijik2 kecik tu jugak cumanya lain sikit je bezanya. bedak sejuk tu kalau mak2 kita dulu selalu je pakai berkepuh2 kat muka. sajalah nak berkongsi petua ni, manalah tau ada yang nak mencuba cara tradisi turun temurun ni pulak.


Ambik dua camca beras kemudian kisar sampai halus. campur satu camca madu lebah dengan sedikit teh pekat. gaul semua bahan2 tadi sehingga menjadi krim. selepas tu sapukan ke muka macam kita pakai mask tu dan biarkan sampai kering. dah kering/dalam 15mins kemudian, bersihkan kulit wajah dengan air. kena rajin amalkan selalu barulah nampak hasilnya. jangan jadi macam aku ni, memang selalu tak buat dari buat :)

7 comments:

KhaiRin : anies said...

tkt memula je bersemangat pastu...hampeh

munna said...

SUKA BUAT SCRUB UTK BADAN DARI BERAS....

Kathy Tuah said...

sy lebih suka guna tomato..senang sikit..*sbb malas nak kisar segala..huhu~

Ann Ishak said...

saya pun semangat sekejab je hihihi

Kakzakie said...

Oh kena campur teh ye Ann... mesti bagus kan. Kakak tak pernah cuba campur dgn teh....

Eri-chan said...

aku pun kemalasan beli je mask. pun kemalasan tak pakai2 jugak.
teruk pnyakit malas ni. eh takde petua kaki pecah2 ke?

Ann Ishak said...

nanti aku risik2 petua kaki pecah2 pulak ek...sabarrrrrrr