Friday, March 23, 2012

Lunch @ A.Hassan Ayam Kampung

Hari cuti ni masak pun cuti jugak gamaknya, kami lunch dekat our fav ayam kampung, mane lagi kalau bukan A.Hassan Ayam Kampung tu. kadang2 dari office pun aku datang sini makan dengan office buddy.

seksi tak ayam goreng ni...ke seksa mata korang tengok. yang putih tu sambal tempoyak, orang nogori mane boleh berpisah dengan tempoyak ni

percayalah ni nasi dari pinggan aku, memang tak pandai betul aku nak makan banyak lauk dalam pinggan, sudahnya sayur dengan ayam goreng je sudah membangkitkan semangat makan yang bergelora

Sebut pasal ayam kampung, tempat ni memang menjadi pilihan tetap kami berdua. setiap hujung minggu memang akan datang makan dekat sini. mane lagi nak dapat ayam goreng kampung paling sedap kalau bukan dekat sini (maksud aku dekat area KL ni aja). nak rasa kemeriahan kedai ni, cuba datang waktu lunch hour tak kiralah hari bekerja ke hari bercuti, kedai ni mesti meriah dengan orang penuh setiap meja. harga makanan pada aku dalam range yang okay setimpal dengan sedapnya sekali.

kalau nak tengok pinggan meriah penuh dengan pelbagai hidangan, sila tengok pinggan mamat ni...sentiasa penuh dengan pelbagai jenis hidangan

Kali ni aku ambik seketul je ayam goreng tu, selalunya memang ambik 2 ketul tau. maybe kenyang bihun soto pagi tadi tak hilang lagi kot. tapi untuk Faizal memang maintain 2 ketul as usual lah. untuk orang2 Cheras dan sealiran dengannya mesti tau kedai ni dekat mana kan, tapi pada yang tak tau...meh aku bagi alamat dengan GPS coordination sekali;

Dataran Velodrome,
Jalan Yaacob Latif,
Bandar Tun Razak,
Cheras, 56000 Kuala Lumpur

E 101 degree 43' 46.3"
N 03 degree 6' 33.7"

4 comments:

Kakzakie said...

Ann nak tahu kakak kalau balik kampung at least 2 ekor ayam kena sembelih. Telur ayamnya anak-anak kakak suka tapi kakak kena control sebab kuning dia yg oren itu takut jugalah dgn kolestrol. Best ayam kampung kan Ann...:)

Mizz ErMa said...

wah, akak nih macam tau2 aje sy nk mintak alamat..hehehe lunch nnti nk try la pekena ayam kg nih..thanks tau..=)

KhaiRin : anies said...

oh oh..da tau tempatnya nnt nk terjah...

p/s ann, tau mn2 restoran / warung nasi beriyani yg best kt area kl/ s'ngor ni?tq

Ann Ishak said...

nasi briani...ermmm memang ada dah tempatnya nis, takpe tunggu ye nanti saya buat entry nasi briani best pulak