Monday, March 5, 2012

Monday Blues

Setiap kali bangun pagi hari Isnin ni, mulalah kepala ni asyiklah dok pikir...kan best kalau hari ni cuti lagi. ye itu memang selalu terjadi dekat aku, sejak dari Ahad lagi perasaan ni dah ada... kalaulah boleh stop kan waktu, mau aku dok ulang2 hari sabtu tu berkali2 hihihi tapi impossible kan. what i can do supaya my Monday tak bertukar menjadi Monday Blues, ada beberapa cara jugak walaupun kadang2 tu tak berapa menjadi tapi still banyak membantu aku untuk menaikkan semula semangat Monday tu sendiri. nak tau cara2nya (diingatkan sekali lagi, ini yang biasa aku AMALKAN...kalau korang cuba try test tak jadi jugak, makanya korang cubalah cara lain pulak)

1. Hari minggu tu biasanya aku akan melepak saja di rumah, buat kerja2 rumah yang patut bagi badan tu penat. kalau ada plan di luar rumah pun tak menjadi masalah, cuma pastikan aku akan balik awal supaya boleh rehat dan tido awal. ni memang penting, bila tido awal...bangun the next day mesti rasa segar bugar je. dekat sini main point untuk mendapatkan mood yang bagus di permulaan pagi hari. yelah walaupun dah 30an tapi badan ni still perlu dapat tido sekurang2nya 8 hrs every day kan, jangan pulak kurang dari itu...mau tersengguk2 nanti.

2. Sarapan pagi jugak penting, menu wajib aku adalah tosai telur dengan nescafe tarik...terbaik weh mampu kenyang sampai lunch hour tu. jangan tak sarapan pulak, sarapan kan baik untuk kesihatan dan mampu mengekalkan mood cerita tanpa moody.

3. Factor kerja yang memerlukan aku membuat perancangan beberapa minggu/bulan in advance mampu membuatkan otak ni sentiasa berfikir jadual kerja untuk hari ini besok dan minggu2 seterusnya. jadinya untuk hari Isnin pembuka minggu ni, memang dah tersusun segala tugasan yang perlu settle within a day. makanya masa tu akan terisi dengan tugas2 yang dah ada dan membuatkan aku lebih tumpuan pada kerja tanpa perlu melayan mood blues tu sendiri. ada jugak yang cuba buat spoil, nasiblah kalau kena lahar nanti.

4. Ramai yang kata, kalau buat kerja sambil mendengar music akan mampu menenangkan dan mampu mengekalkan mood ceria tapi cara ni tak berkesan dengan aku. waktu kerja aku lebih suka keadaan yang senyap tanpa music. mujurlah persekitaran tempat kerja aku ni rata2nya kalau yang nak mendengar music tu diorang menggunakan earphone masing2. taklah mengganggu orang lain yang berada berdekatan. cuma kalau bulan puasa tu barulah aku suka dengar music sebab nak dengar lagu raya yang lebih hihihihihi...ambik mood nak raya la apa lagi.

5. Memang dah tau/biasa setiap hari Isnin ni mesti email box penuh dengan email2 kerjakan. ni tak boleh nak buat apalah, perlu thing positif dan hadap je semua tu...nak buat macam mana dah kerja kan, takkan orang lain nak buat kerja kita kot.

6. Dulu2 aku memang seorang yang kuat moody waktu pepagi hari + takmo tegur orang pun, tapi sekarang ni alhamdulillah dah boleh kawal mood sendiri. takda petua pun cuma aku perlu menjadi kerang busuk je. muka kena senyum babe walaupun kadang2 tu orang tak balas pun senyumkan kita ni, lantak pi janji mood kita baik cukuplah.

7. Tapi ini yang paling best sekali, aku kan suka essencial oil especially yang mampu menenangkan fikiran tu. ye bukan setakat dekat rumah tapi dekat tempat kerja pun aku taruk jugak wangi2 ni, bagi seantero floor sama2 menikmati ketenangan bersama.

Itu jelah beberapa cara yang biasa aku buat setiap kali memulakan permulaan minggu bekerja ni, cuma yang peliknya kalau kita start kerja hari lain selain dari Isnin takdelah pulak mood meroyan ni datang kan...pelik bin ajaib betul.

3 comments:

izan mama mia said...

singgah sini..baca entry..monday blues...

Eri-chan said...

aku nak tgk esok aku keje jadi tak tuesday blues. ahaha

Ann Ishak said...

mesti takde kan hahahaha