Tuesday, March 13, 2012

Muzium Perak @ Taiping

Muzium Perak ni adalah muzium tertua di Malaysia dan tiada bayaran dikenakan untuk masuk dalam muzium ni.

anggaplah korang nampak ye

yelah dulu masa sekolah2 manalah mampu nak pegi tempat2 macam ni, takdelah pulak jugak dulu2 sekolah buat rombongan sampai ke Taiping ni.

tau Penjara Taiping, mesti tau jugak mana lokasi Muzium Perak ni sebab hanya berhadapan dengan penjara tu saja

Bila masuk muzium ni mulalah aku terbayangkan atau lebih tepat membayangnya betapa payahnya tentera2 kita dulu mempertahankan negara tercinta ni kan...semangat patriotik datang menyerap jiwa ko eh ke semangat lain....eiiii jangan cari pasal

banyak rupanya perkara2 penting yang terjadi di Malaysia ni bermula di Perak, makin berminat pulak aku dengan negeri ni.

Antara rekod pertama Taiping, Taiping merupakan ibu negeri Perak sebelum Ipoh:

Lombong bijih timah terbuka di semenanjung (1844)
Kolam renang-Kolam Renang Kemahkotaan (1870)
Gudang senjata dan meriam (1870)
Mahkamah majistret (1874)
Balai penghulu (1875)
Port Weld (1877)
Pasukan polis (1879)
Kediaman Residen (1879)
Pusat peranginan tanah tinggi - Maxwell Hill (1884)
Rest house (1894)
Masjid - Masjid Tengku Menteri (1897)
Pejabat kerajaan (1879)
Pejabat pos dan telegraf (1880)
Taman tasik - Taman Tasik Taiping (1881)
Hospital swasta dan kerajaan (1880)
Kelab - New Club (1881)
Stesen kereta api dan gudang (1881)
Bangunan pasar - Taiping Market Square (1884)
Muzium - Muzium Perak (1883)
Penjara - Penjara Taiping (1879)
Trek kereta api - dari Port Weld ke Taiping (1885)
Kelab lumba kuda - Perak Turf Club (1886)
Gereja Anglican - All Saints Church, Taiping (1886)
Sekolah Inggeris - King Edward VII School (1883)
Menara jam - Menara Jam Besar (1881)
Esplanade - Padang Esplanade (1890)
Akhbar Melayu - Seri Perak (Jun 1893)
Akhbar Inggeris - Perak Pioneer (4 Julai, 1894)
Akhbar Tamil - Perak Verthamani (1894)
Pasukan tentera - Malay States Guides (1896)

tak habis baca pun secara ringkas info dalam muzium ni...banyak bebeno kisahnya. insyaAllah kalau diizinkan olehNYA, kami datang lagi ye.

3 comments:

Aine Ainun said...

Dekt je, tp x penahpun p...eheheee

Aishah Jahirah said...

saya pergi masa rombongan sek rendah...dah berkurun tu..haha

..::..aRe-Na..::.. said...

saya yang dok teping ni pon dh lama x p muzium..sekadar lalu jek..bebila nak kena p jgk neh,hehehe...