Friday, March 23, 2012

My Homemade Bihun Soto

Hari ni aku bercuti sakan menghabiskan baki cuti untuk tahun lepas punya. seronoklah kalau cuti2 ni, asyik nak makan je ingatnya kepala ni. sarapan hari ni adalah bihun soto lebihan malam tadi...*dang* sama jugak macam semalam punya menukan dari malam bawak ke sarapan asyik benda yang sama je. takkan nak buang pulak, makan habis lagi berkat ye dak. kebetulan tekak ni teringin nak makan sup ayam, jadi dari sup sudahnya menjadi soto pulak cuma bergedil je aku malas nak buat.

Tumis bawang merah dengan putih bersama halia dan bila dah wangi tu masukkan air. masukkan ayam bersama perencah soto. aku memang suka letak perencah soto setiap kali buat sup ayam sebab rasanya lebih sedap. masak sehingga daging ayam empuk. selepas tu bolehlah masukkan kentang, masak sehingga kentang empuk dan tutup api.

Celurkan bihun dan sediakan sambal kicap.

sedia untuk di makan

5 comments:

munna said...

aduhai....lapar... lapar...lah tgk ni

dwaty said...

senang jer kan... cam nak try la plak...

KhaiRin : anies said...

hntr la ke sini sket...lapaq lg ni

Aine Ainun said...

Bru je buat hr lpas utk tamu yg dtg;)

Ann Ishak said...

senang je buatnya...cubalah