Saturday, March 17, 2012

My Homemade Sambal Mersik Ikan Bilis

Demam2 ni tunjuklah makanan sesedap mana pun, memang tak lalu je kat tekak ni. kalau makan pun mau je sesuap dua, lepas tu mulalah pinggan tolak ke tepi. dalam seminggu ni macam nilah ragam pemakanan aku, sampai dah tak tau apa makanan yang boleh membangkitkan selera makan...terasa hilang nikmat makan seketika.

Hari ni tekak rasa nak makan sebab dah lapar perut, masuk dapur jugaklah dan akhirnya sambal mersik ni je yang jadi pembuka selera nak makan, alhamdulillah dapat habis sesenduk nasi tu kira dah bagus. buatlah sekali dengan telur dadar...alahaiii nikmat dunia

Tumbuk lumat cili api bersama garam. panaskan minyak dan goreng ikan bilis + ikan kecik2 ni (tah apa pulak namanya) sehingga garing, kemudian angkat dan toskan. kemudian tumiskan bahan tumbuk tadi sehingga garing. kemudian masukkan bahan goreng tadi dan gaul rata, dah siap. bolehlah makan dengan nasi putih, aku tadi buat lawan dengan sambal tempoyak...sedap der

4 comments:

eMMe said...

Salam Ann, u gave me an idea, mmg tgh buntu nak hidang dinner utk hubby yg mmg nak makan nasi je, problem nk lauk ape hehehe... Ann, tu ikan kecik tu namanya ikan tamban..lame x makan ikan tamban la...hehehe...

ikatankasihku said...

makan ngan nasi panas2, mmg syokkkkkk :)

Kathy Tuah said...

selalu sy buat xde tumis2 mcm ni..sy tumbuk sekali ikan bilis goreng, garam dengan cili padi..pastu boleh terus dimakan..hehe..*nak try versi yg awk buat ni lak ^^

Ann Ishak said...

la ye ke emme, terima kasihlah bagi tau nama ikan ni. tulah dekat plastic bungkus tu ada nama tapi lupa pulak nak tengok hihihihi.

boleh cuba versi kathy jugak, kalau tak silap tu serupa macam sambal gesek kan