Friday, March 2, 2012

Wanita diugut pelakon - Fauzi Nawawi

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus produksi wanita berusia 25 tahun dan rakan sejawatnya membuat laporan polis mendakwa pelakon popular yang juga pengarah, Fauzi Nawawi mengugut untuk mencederakannya selain merampas kereta miliknya dalam kejadian di pejabatnya di Wangsa Melawati, Ampang, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa mendakwa Fauzi dan beberapa rakannya menaiki empat kereta pergi mencarinya di rumah.

Mangsa yang enggan namanya disiarkan berkata, dalam kejadian itu, Fauzi bertindak di luar kawalan dengan memberi banyak ugutan terhadapnya sedangkan perselisihan yang berlaku bukanlah disebabkan hutangnya dengan pelakon berkenaan sebanyak RM14,000.

“Memang kami ada berhutang dan belum melunaskan separuh daripada bayaran pelakon termasuklah RM14,000 membabitkan Fauzi, tetapi mereka harus faham lambat laun kami akan melangsaikan juga hutang itu dan tidak pernah sesekali melarikan diri.

“Untuk pengetahuan, kami baru saja melunaskan bayaran RM28,000 kepada seorang warga Iran itu dan akan melangsaikan semua baki hutang kepada semua terbabit termasuk Fauzi dalam masa terdekat,” katanya enggan mengulas lanjut mengenai jenis ugutan diterima daripada Fauzi dan rakan-rakannya ketika dihubungi, semalam.

Uihhhhh garang jugak abg poji kan, yelah kalau aku pun mau meroyan jugak...RM14,ooo tu. boleh sangat2 nak menyara anak bini di rumah tu kan.

4 comments:

Mama Ema said...

banyaknya hutang..kayanya fauzi..

Irfa said...

saja naj burukkan nama artis.sedangkan silapnya dr mereka sendiri.mesti ada sebab sampai dia si Poji boleh nekad buat begitu..betul tak?

rm14ribu bukan sikit duit

QasehnyaRania said...

kerana duit org sanggup buat apa saja kan...itukan mata pencarian dia, maunya tak mengamuk :)

Ann Ishak said...

rezeki sendiri babe, sapa tak hangin kan