Wednesday, April 25, 2012

Aku dah...!!!

Mood masak telah melayang entah kemana. puaslah duk berdiri depan ice gobok ni sambil pikir...nak masak apa lagi hari ni. kemalasan tu memang dah UP pun, sudahnya tutup je gobok tu...ON tv lagi baik. lekalah tengok CSI Miami, bila masuk je bab iklan terkeluarlah iklan Mcd. uiiiiiii sedapnya tengok burger tu kan, haruslah gigih nak ke McD lepas tu. 
Kita mai makan terus je di Mcd yang memang sepelaung dengan rumah, lebih best sikit makannya berbanding delivery di rumah. pada asalnya hanya nak order set biasa je tapi ternampaklah ini Family Dinner Box set. campur darap tolak bahagi dalam kepala, sudahnya aku ambik saja dinner set ni yang memang berbaloi isi di dalamnya. nak tau apa dalamnya, meh check dekat bawah;
McChicken x 2
Spicy Chicken McDeluxe x 1
6 pcs Chicken McNuggets + 2 French Fries + 3 Carbonated Soft Drinks (M) + 2 Sundaes (Strawberry and Chocolate)

Tak ke memang berbaloi tu, banyak betul isinya dalam kotak tu tau walaupun kotak tu tertulis breakfast tapi sebenarnya dalam tu set untuk dinner. yang pasti aku hanya makan 1 burger which is McDeluxe tu dengan setengah dari 1 bekas fries + sundae strawberry, yang selebihnya korang tau kan sapa yang perabih ;) 

Oh dinner set ini tidak available untuk delivery ye. yang pasti aku dah...mencuba dinner set ni, memang berbaloi dan menjimatkan. set seperti di atas ni adalah Box A untuk 3-4 pax, ada jugak Box B untuk 4-5 pax. sama isi perutnya tapi quantiti yang lebih. 

No comments: