Thursday, April 19, 2012

Hijabista - Satu Identiti atau Ikutan?!!!

Fenomena - point penting yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari majalah kegemaran aku sekarang, SOLUSI Isu No. 40...artikal berada di muka surat 90 hasil tulisan Puteri Shakira Jahn Kassim dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Ragam Si Hijabista

Tudung yang suatu ketika dahulu dianggap pelindung dan hijab kaum wanita, kini dianggap sebagai aksesori yang mampu meningkatkan penampilan diri. Dalam erti kata lain: "Tudung tidak berfungsi menyembunyikan rambut, tetapi menggantikan rambut." Demikian pendapat Ozlem Sandikci dan Guliz Ger dalam pemerhatian mereka terhadap golongan hijabista di Turki.

Namun begitu, apa yang ditonjolkan oleh kebanyakan golongan ini bertentangan dengan konsep hijab yang telah ditentukan oleh syariat Islam.

Tidak Lengkap Menutup Aurat

Sandikci dan Ger menyimpulkan lagi bahawa golongan hijabista ini menganggap keinginan untuk kelihatan cantik adalah fitrah setiap wanita dan hijab seolah-olah "menghalang" keinginan tersebut. Wanita-wanita tersebut juga mahu memenuhi apa yang dikatakan sebagai standard global dalam berpakaian secara moden. Akibatnya, pakaian yang sepatutnya menyembunyikan perhiasan wanita itu sendiri yang menjadi perhiasan!

Keinginan untuk tampil cantik dan moden telah mendorong golongan hijabista ini menginteragrasikan fesyen barat pakaian Islam dengan cara memilih pakaian moden yang mereka anggap menutup aurat secara "janji cukup syarat".

Ujub dan Ingin Tonjolkan Diri

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa yang memakai pakaian syuhrah (kebanggaan atau bertujuan untuk membangga-bangga), Allah akan memakaikan kepadanya pakaian yang serupa itu pada hari kiamat, kemudian dinyalakan api neraka padanya." (Riwayat Abu Daud, Ahmad dan Ibn Majah).

Wanita beriman seboleh-bolehnya tidak mahu dikenali, diperhatikan, apatah lagi dikagumi oleh sang lelaki apabila keluar dari rumah. Inilah keindahan sifat malu pada wanita Islam. Atas sebab inilah, wanita-wanita beriman pada zaman Rasulullah s.a.w. mengenakan gamis dan purdah apabila keluar dari rumah.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Ada dua golongan manusia daripada kalangan ahli neraka yang aku tidak sempat melihat mereka:

1. Golongan yang memegang cemati seperti ekor lembu untuk memukul manusia, dan

2. Golongan perempuan yang berpakaian tetapi sebenarnya bertelanjang (kerana nipis, ketat, singkat dan sebagainya), bergaya dan mengoda, kepala-kepala mereka seperti bonggol unta yang senget." (Riwayat Muslim).

Berpakaian Seperti Orang Kafir

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa yang menyerupai satu kaum, dia termasuk dalam golongan mereka (menanggung dosa yang sama)." (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).

Pembaziran

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Isra ayat 27, maksudnya: "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya."

Kesimpulannya, awasilah pakaian kita agar tidak tergolong dalam ciri-ciri seperti yang telah disebutkan. Bukanlah bermaksud kita perlu mencontohi wanita-wanita timur tengah dengan memakai serba hitam, tetapi memadailah jika niat menutup aurat itu diluruskan dan diselarikan dengan mengenakan pakaian yang sewajarnya. Ini kerana sebaik-baik pakaian adalah pakaian takwa.

3 comments:

Kakzakie said...

Moga jadi panduan buat kita kaum wanita. Memang benar kadang kita alpa disebalik yg kita lakukan walau tujuan asal utk kebaikan...

KhaiRin : anies said...

yg ujub tu rs nyer mmg ramai termsk la kite ni

Ann Ishak said...

semoga yang baik2 je untuk kita...insyaAllah