Tuesday, April 10, 2012

Kekal rasa ikan masin dan cili padi tahan lama

Suka ikan masin atau biasa makan ikan masin...aku suka sangat ikan masin goreng dengan bawang dengan cili tu. perhhhhhhh memang terangkatlah selera di tambah kalau makan dengan nasi panas2 kan mau mercik segala air peluh. kalau terlebih rajin pulak, mulalah nak buat nasi goreng ikan masin pedas, tak pun masak lemak cili padi ikan masin sepat tu campur pulak nenas...mau menitik air liur weh.

Dekat rumah aku ni memang ada simpan stock ikan masin. tapi paham2 jelah kalau dah banyak tu takkan nak makan selalu kan, haruslah di simpan tapi ada masalah lain pulak. ikan masin kalau simpan lama, lama kelamaan akan menjadi agak lemau dan sometime jadi lembab...aku rasa ni mesti faktor pengudaran dalam rumah menjadi pendorong ikan masin jadi hapak ataupun mulai lembab. bila dah terjadi masalah ni, bau jangan ceritalah memang semerbak betul dalam laci tu. what i do is, setiap kali beli stock ikan masin aku akan keluarkan dari plastik dan balutkan ikan masin tu dalam kertas surat khabar. orang kata surat khabar tu mampu menyerap bau dan tak membuatkan ikan masin tu menjadi lembab. so far memang betul pulak menjadinya dan till now aku masih menyimpan ikan masin mengikut petua ni. nak lebih tersusun, selepas masukkan dalam kertas surat khabar, masuk ikan masin tadi dalam bekas supaya senang di simpan...insyaAllah setakat 3-4 bulan tu memang tahan sesangatlah. ikan masin penting weh...especially tengah2 bulan ni kan kan kannnnnnnnnn.

Sama jugak masalahnya dengan cili padi, biarpun disimpan di dalam peti sejuk tetapi cili tu mesti akan berair dan seterusnya membusuk tak sampai seminggu pun dari tarikh belinya. takkanlah setiap kali nak masak tu baru nak beli cili kot takat 10 ulas kan...memang sakit hatilah gamaknya. kita ni orang perempuan yang selalu masak di rumah, mesti akan simpan stock cili padi kan walaupun tak banyak tapi memadai kalau boleh bertahan sampai seminggu ye dak. kan sayang kalau cili tu rosak cepat dan buang macam tu je...dahlah cili padi ni mahal weh, membazir je. for this case plak what i do is, setiap kali beli stock cili padi...sebelum simpan dalam peti sejuk pastikan buang tangkainya dulu. selepas tu masukkan dalam freezermate dan simpan dalam peti sejuk. insyaAllah memang tahan sangat. cumalah petua orang tua2 ni, memang banyak membantu.

5 comments:

Norzie hany said...

Bagus petua ni.Thanks for sharing.

KhaiRin : anies said...

jarang mkn ikan masin ni..kalu betul2 nk mkn br beli..then bli plak mmg da agk2 akn msk sekaligus..hehehe

Mimy Hamid said...

serius ikan masin ngan cili padi bawang sikit..terangkat makan panas panas

~♥ OjaAmran ♥~ said...

Ikan pekasam nak dekat setahun elok lagi rupa dia, rasa pun masih sama..cili padi beli terus je simpan! tahan setahun jugak!! berkat simpan dalam freezer..hehehe :D

Ann Ishak said...

ikan pekasam tu memang sedap kan tapi tak tahan baunya lah