Monday, April 9, 2012

Kellie's Castle

Masih berada di lingkungan kawasan kekeluargaan Faizal, kampung yang banyak sedara mara di dalamnya dan banyak jugak tempat bersejarah yang ada di Batu Gajah ni. salah satu antara tempat bersejarah tu adalah Kellie's Castle.

Tak jauh dari Kellie's Castle ni ada terdapat sebuah kuil yang mempunyai hubung kait dengan istana ni jugak. bila perhatikan betul2 pada kuil tu, akan terperasan dalam banyak2 patung tuhan batu diorang ni ada terselit patung yang menyerupai manusia dan dari segi rupanya seperti seorang yang berbangsa inggeris (sorry memang sengaja tak ambik gambo, tak suka tengok rupa tuhan batu tu). dekat sini parking memang senang tapi maybe waktu ni bukan cuti umum kot, tapi ada jugak lalu masa cuti...rasanya sama je situasinya. orang2 dekat sini dah bosan kot dengan tempat ni, takde apa sangat kecuali bangunan lama je.

Sekali tengok macam istana berhantu pun ye jugak dan memang ada kisahnya tapi aku tak berani nak baca pun. kisah misteri istana ini pernah masuk dalam Mastika. pada pandangan mata saya istana ni kalaulah siap mesti cantik kan, memang klasik je bila tengok. hebat seni bina orang dulu2. kami memang tak masuk pun dalam istana tu sebab masa, kami sampai dah 515pm dan kawasan ni tutup pada 6pm. nanti baru sampai tangga dan nak kena patah balik, sudahnya ambik gambar dari kejauhan saja.

cantik kan

nak tau sejarahnya, baca dekat sini ye

5 comments:

..::..aRe-Na..::.. said...

waa,beh nyer tempat ni...
gambar pon cantekkk..
terbaekk lah...

lisa said...

tengok rupa istana tu dari luar pun dah nampak agak seram.. :/

yaNa said...

dl kalu nak blk itm perak,mmg wajib lalu kt cnie..
biler smp cnie jer..lelaju pecut kete..seram plak tetiba..hi3..

skrg jalan pon dh besar..lampu pon dh byk..tmpt pon dh cantek..tp masih jgk x msk ke dlm istana tue..nengok dr seberang sg jer.. ;)

Liza Razak said...

kalau blk kg saya kt perak..mesti lalu kt kellie's castle ni

Ann Ishak said...

nampak dari kejauhan memang cantik kan istana ni