Thursday, April 26, 2012

Dinner @ Charlie's Place Royal Langkawi Yacht Club

Langkawi...ye setiap tahun mesti aku akan datang sini, tak pernah lagi ada perkataan bosan untuk datang dan terus datang ke sini. setakat selok belok tempat2 pelancongan, tempat shopping dan tempat makan tu, insyaAllah memang tak menjadi masalah untuk aku laki bini. kadang2 tu ada jugak berangan, kalau ada duit lebih mampu lagi...mau je nak beli sebidang tanah dekat sini buat rumah. senang setiap tahun balik rumah sendiri, tak payah susah2 nak sewa tempat tinggal kan...hahahaha tapi itu cuma angan2 mat genin saja ye.  
Kalau citer pasal kesukaan aku datang ke Langkawi ni memang tak habis kan, okaylah kita start citer pasal tempat dinner yang pertama di hari pertama di Langkawi ni. lokasi tak jauh dari Jeti Pekan Kuah, on the way to Westin Hotel...ada satu tempat makan yang kami singgah di Royal Langkawi Yacht Club. kami dinner di Charlie's Place yang berada dalam kawasan yacht club ni.   
Tempat memang exclusive tetapi still di buka untuk orang luar masuk. memang takde gambar pemandangan pun aku snap sebab datang dah malam, hanya takat nampak lampu dari bot2 nelayan je dekat situ. nak snap kapal layar pun kelabu asap weh gambonya. antara makanan yang kami order;
Iced Lemon Tea RM7.30
Tomato Cream Soup RM16.40
Lamb Kurma RM50
Garden Salad RM16.40

Overall makanan dekat sini memang superb sedapnya. insyaAllah will come again to this place. masa kami nak balik tu tetiba terdengarlah macam ada orang panggil nama Faizal, rupa2nya chef dekat club ni adalah kawan Faizal, orang Kg Baru tapi dah macam orang Langkawi dah gamaknya. akhirnya duduk balik sambil minum coffee pulak, lama berborak sampai tinggal kami2 je. orang club semua dah balik weh, laki aku ni memang muka bersepah aku rasa, mana saja pegi mesti ada orang yang kenal dia ataupun dia kenal orang. 

3 comments:

Cik Yatt said...

pergh..mkan sakan...

Azhafizah[フィザ] said...

Langkawi memang best.kalau boleh nak tinggal sane je kan..makanan tu buat kecur air liur..-_-'

Ann Ishak said...

yes...dan yang penting sekali dapat makan laksa setiap hari hihihi