Wednesday, April 11, 2012

Macho seorang suami

Ini bukan entry gambar tanpa kata, tapi kisah yang boleh di kongsi khasiat di dalamnya;

Suatu hari, seorang wanita bersama suaminya menemui Khalifah Umar bin al-Khattab. Dengan wajah seribu harapan, wanita tersebut meminta Khalifah Umar agar mengizinkan dirinya bercerai dengan suaminya.

"Wahai Amirul Mukminin, aku bukan bagi diriku dan bukan pula suamiku ini. Bebaskanlah aku daripadapanya," ucap wanita itu penuh mengharap.

Tetapi Umar tidak segera menjawab permohonan itu. Beliau memandang ke arah suami wanita itu. Rambutnya kusut masai, kukunya panjang, janggutnya tidak terurus, wajahnya pula pucat lesi dan cara berpakaiannya benar2 tidak sedap mata memandang.

Lalu Umar memberi isyarat kepada lelaki itu. Beliau memerintah lelaki itu mandi, memotong kuku, memotong rambut dan menyisirnya dengan rapi. Maka lelaki itu pun pergi melaksanakan perkara yang diperintahkan oleh Umar.

Tidak berapa lama kemudian, lelaki itu datang kembali. Lalu Umar mengisyaratkan supaya lelaki itu memegang tangan isterinya yang langsung tidak mengenalinya. Wanita itu terkejut kerana "lelaki asing" itu memegang tangannya lantas berkata: "Wahai hamba Allah, subhanallah! Apakah anda tidak malu melakukan perkara seperti ini di hadapan Amirul Mukminin?"

Melihat adegan tersebut, Umar tersenyum lalu menjelaskan kepada wanita tersebut bahawa lelaki yang menggenggam tangannya itu ialah suaminya sendiri.

Dengan tersipu2, wanita itu berkata kepada khalifah bahawa ia ingin membatalkan permintaannya sebelum ini. Akhirnya pasangan itu pun kembali dengan mesra bergandingan tangan.

"Begitulah seharusnya para suami mempersembahkan diri kepada si isteri. Sesungguhnya isteri lapang hatinya apabila suami berhias untuk mereka, sebagaimana suami tenang dan senang apabila isteri berdandan untuk mereka," kata Umar mengakhirinya.

3 comments:

Leadership Developmant Training said...

kunjungan gan .,.
bagi" motivasi
Saat kamu menemui batu sandungan janganlah kamu ptus asa,
karena semua itu pasti akan ada solusinya.,.
si tunggu kunjungan baliknya gan.,

Prettywrite said...

ouchh..tersentuh hatiku yang belum berkahwin ini..kui3..tu la kan..jangan kata pempuan jer kena jaga penampilan diri..org laki pun sama la..

Ann Ishak said...

haah tau takpe, apa salahnya sama2 indah di pandangan masing2 kan