Friday, April 13, 2012

Meh pegi Jombali untuk makan

Nak pegi Bali ker untuk makan...idaklah jauh benar pun, ada kemahuan di situ ada jalan ye dak. tapi kali ni bukanlah aku nak bukak entry berjalan2 di Bali tapi just edisi makan di Jombali saja. dekat restaurant ni ada disediakan wireless, bolehlah bertenet sambil menjamu selera uolsss. suka dengan pelayan dekat sini jugak, mereka takkan berdiri/tunggu sebelah kita untuk ambik order...bila duduk je mereka akan bagi menu dan berlalu, ada order form disediakan dan tekan button apabila order form dah complete....hah koo macam nak ambok peksa pulak.

Yang ni aku order. air ni memula tu memang aku ingat 3 layer tea tapi rupanya aku tersalah letak code number...aku terletak code number untuk 3 layer coffee RM4.90. memula memang aku tak nak minum, tapi Faizal suruh aku cuba dulu. sudahnya aku cuba jugak dan rasanya sangatlah SEDAPPPPPPPP. dek kerana sedap punya pasal, aku order air ni sampai 2 gelas.

Juadah yang disediakan dengan rasa yang unik membuatkan restaurant ini menarik perhatian untuk dikunjungi. makanannya pun sedap2 dan korang boleh mencuba try test makan di sini jugak.

Crab Meat Wantan Mee RM12.90 untuk aku

Dalam restaurant ni bersih (takde pelayan yang sapu2 lantai masa pelanggan sedang makan), susun atur yang kemas dengan deko lampu yang menarik dan yang penting sekali, makanan yang di order memang siap dengan cepat (tak payah nak menunggu lama). cuma yang tak bestnya parking dekat sini memang payah sikit. nasih baik sekali masuk terus dapat parking, tak baik kalu...tawaflah gamaknya.

Mee Hailam RM10.90 untuk Faizal...kepada penggemar jalan2 cari makan semua, meh cuba makan dekat sini. rasa yang tak mengecewakan...insyaAllah

3 Layer Tea RM4.90 untuk Faizal

Jombali yang aku terjah ni yang dekat Setapak tu dan kalau tak salah dekat Carefour Wangsamaju pun ada jugak. oh lupa pulak, hanya service charge sebanyak 10% yang di kenakan pada setiap bill. address adalah seperti di bawah;

JOMBALI (SETAPAK)
NP G11, GROUND FLOOR
NO. 128, PV128
JALAN GENTING KELANG
KUALA LUMPUR

6 comments:

Mala Nasohah said...

Mcm nenarikss..jea..mst nak try nih
Salam kenal.:)
http://adeqrifqi.blogspot.com/2012/03/rebut-hadiah-special-dari-mala-nasohah.html

KhaiRin : anies said...

patut la restoran ni slalu ramai..sblm ni lalu je kt dpn carrefour tu...lom ada ati nk sggh lg

Aine Ainun said...

Ala ala ala jauh...nak air tu=)))

MamaEma said...

menarik ni..kalau dekat atau kebetulan lalu sana..bolehlah nak singgah

Mimy Hamid said...

ni sama jombali kat carrefour tu gak kan

Ann Ishak said...

ye, sama dengan hak carefour tu...