Sunday, April 22, 2012

Meraih Kasih Ilahi

Keimanan yang sentiasa bertambah menjadi asas untuk mendapatkan kasih Ilahi. Pertambahan iman di nilai berdasarkan kepatuhan kepada tuntutan agama yang bersifat fardu atau wajib. Ini difahami menerusi sabda Nabi s.a.w. dalam sebuah hadis kudsi, apabila Allah berfirman, maksudnya:

"Dan seseorang hamba tidak mendekati-Ku (mendekatkan dirinya) dengan sesuatu pekerjaan yang paling Aku kasihi daripada apa yang Aku fardukan atasnya..." (Riwayat al-Bukhari).

Untuk menambahkan lagi iman agar mendapat lebih kasih Ilahi, amalan soleh yang fardu sewajarnya ditambahkan dengan amalan soleh yang bersifat sunat. Firman Allah dalam hadis kudsi yang bermaksud:

"Dan hamba-Ku sentiasa mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan amalan-amalan nawafil (sunat) sehingga Aku mengasihinya." (Riwayat al-Bukhari)

No comments: