Tuesday, April 24, 2012

My Homemade Ayam Goreng Ketumbar

Pejam celik saja hari ni dah Selasa kan, besok dah Rabu dan seterusnya sehinggalah tarikh berganti tarikh dan tahun berganti tahun. cepat je masa berlalu, makanya nikmatilah setiap masa yang kita ada ni kerna besok belum tentu ada masa lagi untuk kita. jadinya malam tadi menu makan malam adalah seringkas yang boleh sebab nak sambung tido :(  mata memberat sangat ni + rasa macam hujung kelopak mata ni dah membengkak pulak. tak taulah kenapa, besok kalau sakit lagi, haruslah ke klinik gamaknya. jadi menu makan malam tadi hanyalah ayam goreng ketumbar dan sayur campur saja. eloklah tak payah nak bebanyak sangat, nanti tak habis dah membazir makanan pulak.
 
Meh kita buat bumbunya dulu ye, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup dan serai di kisar halus. masukkan bahan kisar tadi ke dalam bekas berisi ayam yang dah dibersihkan dan tos. masukkan garam, serbuk ketumbar dan gaul sehingga rata. kemudian perapkan ayam selama 30mins bagi segala bahan rempah ratus tu menyerap dalam ayam, barulah heaven nak makan nanti. selepas tu bolehlah goreng sehingga masak...senang sangat kan cara pembuatannya.

terbaiklah kalau dapat makan dengan sambal tempoyak colek ko...

No comments: