Friday, April 6, 2012

My Homemade Suhun Goreng Sos Tiram

Suka makan suhun atau kenal suhun tu macam mane rupanya. ala yang macam bihun tu tapi kalernya jernih je. kalau buat sup tu sedapnya letak suhun ni dengan fucuk tauhu sekali. kali ni aku menyajikan suhun goreng bersoskan tiram pulak, yang penting cepat penyediaannya dan tak banyak barang2 yang nak disediakan untuk masakan ni...that's why i loveeeeee this suhun goreng. lagi pun aku memang suka masak masakan yang express2 ni, tak payah nak berlama sangat di dapur.

Rendamkan suhun dan tos bila dah lembut. kisar bawang merah, bawang putih dan cili padi ikut tahap kepedasan masing2. hiris daun kucai dan bunga kobis, selepas tu bolehlah panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi hingga wangi. kemudian masukkan udang yang dibuang kepalanya bersama sos tiram dan kicap. bila dah agak masak masukkan hirisan bunga kobis, biarkan sehingga bunga kobis tu agak layu dan masukkan pulak hirisan kucai. selepas tu perasakan dengan garam dan akhir sekali barulah masukkan suhun yang dah ditos tadi. kacau bagi mesra dan sedia untuk di santapppppp.

Hari ni dapatlah makan malam bersama dengan Faizal, pakcik ni cuti hari ni. tak kalu memang makan orang bujang je hari2. tapi okay apa dengan aku, dah masing2 keja nak buat macam mane kan...

4 comments:

misz l0vely said...

aslmkm...
hye..!!
j0m j0in GA kat http://l0vec0ntestgiveaway.blogspot.com/2012/04/contest-giveway-by-showmeshawlsecrets.html ;-)

Mimy Hamid said...

kreatip lol

dwatyKNY said...

saya telan air liur tengok pic ni...

Ann Ishak said...

takpe telan liur dek ;)