Wednesday, April 4, 2012

Setahun telah berlalu...memori tetap bertamu

Tak tau macam mana nak ungkapkan perasaan sendiri sekarang ni, rasa rindu kasih sayang tu bersatu menjadi satu rasa yang tak tertafsir di kata2...tak terbuat dek perbuatan. mungkin orang yang pernah melaluinya tau macam mana perasaan ni. sepanjang waktu ni dan insyaAllah seterusnya di waktu2 akan datang, tak pernah lupa/lalai dari berdoa untuk kesejahteraannya, menambah bekalannya selagi nyawa di kandung badan.

Ini saja yang tinggal untuk kenangan yang paling abadi. wajahnya, suaranya, tawanya, kucupannya, bau badannya sentiasa tersemat di hati dan kadang2 tertafsir di mimpi. sehingga sekarang ini aku masih merasakan seperti dia hanya pergi berjalan2 dan masih belum kembali lagi. tak terasa pun yang dia dah pergi untuk selamanya, cucunya pun masih berkata/bertanya yang atoknya pergi jalan lama sangat, bila atok nak balik.


Ya Allah, makbulkanlah permintaan hamba Mu ini untuk ke tanah suci Mu. Berkatilah usaha ku, niat ku, langkah ku, nafas ku, tenaga ku untuk terus beribadat bagi menyempurnakan rukun Mu atas keredaan Mu. Makbulkanlah niat ku ini untuk melihat sendiri tanah perkuburan ayah ku walaupun hakikatnya tidak bertanda, cukuplah sekadar kawasannya saja di atas tanah haram Mu ini. ya Allah ya Allah ya Allah sesungguhnya aku merayu, berkenankanlah doa ku ini, sesungguh Engkau maha pengasih lagi maha mengasihani...amin

Budak ni memang akan menangis setiap kali sampai tarikh 4/4 ni sebab tarikh ini merupakan tarikh hari lahirnya dan jugak tarikh kehilangan atuk kesayangannya.

7 comments:

Mimy Hamid said...

AlFatihah buat arwah pakcik Ishak...amin...semoga doa akak dimakbulkan ke tanah suci

Kakzakie said...

Beruntungnya ayah Ann meninggal disana. Moga rohnya tenang disana.

Berusaha Ann utk kesana selagi masih sihat. Susah bila dah tak sihat baru nak pergi...

izan mama mia said...

Al-Fatihah mg rohnnya dicucuri rahmat.moga aman disana ..

LYAfrina said...

al-fatihah untuk arwah.. hnya org terpilih y meninggal di sana kan..smoga rohnya dicucuri rahmat..amin...

dan..selamat ulang tahun kelahiran buat awk..smoga khidupan y dilalui penuh sukses selalu..insyallah

Kathy Tuah said...

al-fatihah..semoga arwah ditempatkan digolongan org yang beriman..

MamaEma said...

al fatihah... memang akan sentiasa ingat sebab jatuh tarikh yg sama

Ann Ishak said...

lya - bukan hari jadi saya tapi anak buah hati saya