Saturday, May 26, 2012

Aktiviti akhir

Hari ni merupakan hari terakhir kami, barulah nak mencari sarapan pagi di luar setelah semua bekalan makanan habis. just nice, takdelah membazir cuma mineral water je yang ada balance beberapa botol. kami sedekahkan aja dekat kawan2 Faizal yang kebetulan stay di motel yang sama dengan kami. mereka check in sehari sebelum kami check out, kebetulan terjumpa pun mereka2 ni masa berjalan2 malam dekat Cenang. nak cari kedai makan untuk sarapan pagi sekitar Cenang ni memang senang bangat cuma best atau tidak tu tak dapatlah nak di ceritakan...kami telan aja selagi boleh mengalas perut, alhamdulillah.

Set Roti ala english lah kononnya ;)

Nasi Lemak memang best pulak

Horlick panas dengan Milo ais

Dan di hari akhir ni jugaklah kami melakukan aktiviti shopping tour pulak. since flight adalah sebelah petang, kami ada masa untuk shopping barang2 lagi. selama seminggu duduk di sini memang aku tak membeli langsung barang untuk di bawa pulang, hanyalah beli cekelat untuk makan2 selama kami di sana saja. macam dekat atas tadi, semua bekalan cekelat pun habis dimakan. makanya kali ni beli untuk di bawa pulang pulak. tempat wajib singgah dekat Langkawi ni mana lagi kan kalau bukan Idaman Suri dan Hj Ismail Group.

Dekat Idaman Suri aku suka memborong towel dan seangkatan dengannya, murah2 weh dekat sini. selain tu aku ada jugaklah membeli set pinggan mangkuk tu, set kristal pun murah2 cantik2 jugak.

Dekat Hj Ismail Group pulak aku banyak memborong cekelat, memang dekat sini lebih murah berbanding dengan Idaman Suri. dekat free duty shop pun murah jugak, yang tu aku prefer pegi dekat Underwater World tu, dekat dengan motel je. selain dari cekelat, masih ada jugak membeli set pinggan mangkuk...boleh simpan ke anak cucu kan.

4 comments:

Gieyana said...

bestnyer..sedap tgk bfast tue..:-)

Eri-chan said...

hantu beli borong pinggan mangkuk kan ko ni...hihi..

KhaiRin : anies said...

sedap x sambal dia?

Ann Ishak said...

sambalnya sedap, pedas manis2 gitu ;)