Tuesday, May 29, 2012

Berani Punya Budak

Filem aksi komedi yang berbeza dari filem komedi yang lain arahan dari Afdlin Shauki. filem ni diolah semula dari filem Thailand Brave yang dah aku tonton beberapa tahun yang lepas, dengan di tambah element komedi dan di alih bahasa ke bahasa malaysia.

Memang dah lama aku tak gelak besar dalam panggung tapi bila menonton cerita ni, memang gelak tak berhenti dari mula cerita sampai ke akhir. apa taknya, filem ini menggunakan 90% suara Afdlin daripada dubbing filem dari Thailand tersebut. watak perempuan pun guna suara dia jugak, dah macam suara bapok pun ada jugak ;) apa2 pun meh layan sinopsis dan trailer ye



Shuhaimi Abdullah/Tong dan adik iparnya, Pairot baru sahaja tiba di lapangan terbang, namun ditangkap oleh pihak Interpol dan disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini, Shuhaimi menceritakan mengenai kehidupan abang iparnya.

Pairot baru sahaja keluar dari penjara dan menjalani kehidupan yang biasa dengan menguruskan perniagaan restoran bersama dengan iparnya Tong. Suatu hari Pairot telah menerima satu panggilan untuk melaksanakan satu tugasan terakhir iaitu, mencuri data peribadi pelanggan daripada syarikat kad kredit.

Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu gagal. Pairot terpaksa melaksanakan tugas tersebut dan berjaya melepaskan Tong. Namun demikian, perkara tersebut menjadi huru-hara apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai penjenayah dan diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia yang mana bertindak untuk untuk membunuh Pairot dan Tong.

Kedua-dua mereka berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk berjumpa dengan timbalan presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri. Walau bagaimanapun, mereka semakin terperangkap di dalam situasi ini dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal dan bukan oleh orang yang mereka sangkakan.

Adakah mereka dapat menegakkan keadilan untuk mereka sendiri?


kalau takut dipukul gangster, jangan berumah dekat rumah gangster...;)

3 comments:

Jajas said...

sy tak suka tengok movie...hehe

YattAkasah said...

erm.. da lama tak tngok muvie..huhu

Ann Ishak said...

tengoklah, sekarang ni banyak movie best :)