Thursday, May 24, 2012

Berbuka roti saja...

Alhamdulillah berjaya percubaan pertama untuk berpuasa hari ni. hebat kan...puasa pun ada percubaan. aku memang kena buat weh, dah nak masuk Ramadhan tak lama lagi, sekarang ni Rejab adalah baiknya nak ganti2 yang terkurang tahun2 yang lepas selain mula membiasakan diri dengan berpuasa ni. takdelah orang kata nanti masa puasa tu perut nak meragam je. lebih bersemangat lagi diri nak berpuasa sebabnya si Faizal pun sama puasa sunat di samping aku gigih buat puasa ganti. tahun lepas alhamdulillah dah berganti tapi tahun2 sebelum tu rasanya ada jugak yang tak berganti lagi. takpelah buat sikit2 setakat termampu badan, tapi hutang tetap hutang...kenalah lunaskan.

Juadah berbuka untuk percubaan pertama ni taklah hebat mana pun, makan roti lol. itu je yang terlintas di hati nak makan pun. jadilah rezeki yang Tuhan bagi untuk hari ni, alhamdulillah kenyang sampai ke pagi.

Garlic Bread RM3.60 each

Cranberry Cheese RM3.60 each and Passion Cream Cheese RM5.80 & both rotis are from The Loaf