Tuesday, May 22, 2012

Cakap nak hebat je

Perbualan pertama
Aku : Baiknya bang dolah tu kan, bini lepas bersalin je terus bagi hadiah kereta. dapat exora pulak tuh.
Kak Salmah Kepoh : Ala akak pun sama jugak, lepas akak bersalin anak ke 3 hari tu terus laki akak belikan akak starex. tak mainlah kereta tempatan ni, cepat rosak...dah tu tak besar mana pun exora tuh.
Aku : Erkkkkk

Perbualan kedua, yang ni ada 3 watak
Aku : Jah, ko dah balik keje ek. macam mana kehidupan selepas beranak pertama ni. mantap badan ko jah, mak suka tau.
Jah : Ha nyah, aku cari ko semalam tapi tak terjumpa pulak. ko..., hazab jugaklah aku ni berpantang nyah...nilah hasilnya. selim tak aku nyah.
Aku : Memang selim jah, hebat ko. mampu jugak berpantang hebat walaupun kena belah perut.
Bedah Lopah : Apa ni jah, ada lagi aku tengok lemak ko dekat pinggang lengan tu. taklah selim mana pun aku tengok. buat macam aku ni ha, dah beranak 3 tapi badan macam anak dara lagi tau.
Aku dengan Jah : Ermmmmm

Perbualan ketiga, yang ni pulak reramai tengah makan2
Kak Salmah, Jah dan Aku : Sedapnya peah ko buat kek ni, bolehlah kitorang order kek pulak dekat ko lepas ni.
Peah : Ye ke uolsss, sedap ke. teruja ahkak tau. tu ahkak cuba try test buat, saja nak bagi korang comment sedap ke tak.
Aku : Sedap peah, aku suka tau. lepas ni aku order kek dekat ko je ye, anak buah aku ramai berderat nak bagi makan kek nih.
Kak Kiah : Biasa je akak rasa, besok akak buat kek yang sama pulak bagi korang rasa. mesti lagi sedap tau.
Aku : Alahaiiiiiii (dalam hati je)

Kenapalah aku perlu berhadapan dengan mereka2 (Kak Salmah Kepoh, Bedah Lopah, Kak Kiah) ni, rimas tau. taulah korang semuanya terHEBAT tapi tak perlulah nak kepoci macam tu sekali. tak di layan kesian pulak, tapi bila pikir2 balik...patutlah takde orang nak layan korang tau. yang nak layan tu pun semuanya buddy2 je...nampak nau bodek lebih.

PS: Nama dalam watak tu adalah bukan nama sebenar kecuali Aku yang memang akulah. okay nak makan dulu, perut lapo. cerita pasal diorang ni bukannya boleh buat aku kenyang pun...

5 comments:

Aine Ainun said...

mulut orang mmg tak kan penah Diam..Tak PK org lain da..mntang2 dia ada kan....

jangan layan,
n jangan duduk dalam kelompok org mcmtu..

aanie said...

payah kan org macam ni....

Mimy Hamid said...

tak suke org good god gini...malas layan

Eri-chan said...

aku skrg lunch hour malas nak ramai2 dah. mcm2 cerita kena dengar nanti. pening.

Ann Ishak said...

jangan sampai muntah sudah ek :)