Monday, May 14, 2012

Dinner @ Asam Pedas D Santap Restaurant

Akibat keterujaan melihat kedai ni sentiasa penuh pelanggan + tekak memang teringin sangat nak makan nasi berlaukkan asam pedas...makanya kali ni kita ke restaurant asam pedas pulak. konsep yang sama macam kedai asam pedas yang lain, di sini pun kita kena pilih nak makan asam pedas apa, ada pelbagai jenis ikan, ayam dengan jugak daging. masakan sampingan lain jugak ada tapi kebanyakannya ala2 masakan thai. okay mari tengok apa yang aku dan laki order, pertama kali kami makan asam pedas di restaurant ni.

Asam pedas ayam BERAPI (nama tambahan aku bagi) dan korang jangan lupa order air yang sejuk2 tau...memang pedas asam pedas ni

Setiap set didatangkan bersama dengan nasi putih, ulam dan sambal belacan macam dalam gambo di atas...tak perlu nak berebut ye.

Asam pedas pilihan Faizal, lupa pulak ikan apa tu ek. harga setiap set adalah berpatutan dalam range RM10. kalau pilih ikan sungai harganya agak mahal sikit per set. kami ada jugak order telur dadar, takde gambo dek...pijar mulut ahkak ni kena cili.

Overall asam pedas dekat sini pada aku biasa2 je, yang pasti memang terlalu pedas untuk aku putuskan rasa sebenarnya...tak sempat nak rasa sedap ke tidak dek, air mata ahkak dah menitik2 masuk dalam kuah asam tu. bila tanya Faizal, dia pun kata asam pedasnya memang pedas dan bolehlah di ulang makan...ermmm kita bagi peluang mereka2 yang dapat merasa kenikmatannya, tapi yang pasti kami akan makan lagi di sini.

D Santap Restoran Katering
Jalan Genting Klang
(Sebelah ngan Mini padang Golf Setapak)

3 comments:

KhaiRin : anies said...

selalu g sini time lunch

Mimy Hamid said...

ooo dekat je kedainya...baiklah kena cuba ni

Ann Ishak said...

cuba tau...