Thursday, May 31, 2012

Dinner @ Jombali

Hari ke dua sakit tangan, dinner dekat luar jugak...alasan sangat kan ;)

Lamp Chop Black Pepper RM16.90 untuk aku, dahlah hari panas...lepas makan ni naik membara rasanya. portion macam biasa adalah besar, tak larat perabih lalu pass dekat orang sebelah.

Spaghetti Chic Bolognese RM14.90 untuk Faizal

Soya Gula Melaka RM4.90 & Bandung Selasih RM4.90...tak semena2 tengah minum ni aku teringat pulak nak mencari kain dekat Gulatis, eh sekarang ni ada sale ke dekat sana?!!!

3 Layer Coffee RM4.90 uihhhhh memang nikmat air nih lalu di tekak

Cendol Special RM6.90 sedap di kala cuaca begitu panas ni, lama dah rasanya tak turun hujan...kalau hujan ni mau lebat gamaknya.

Lepas makan terus balik rumah, tak singgah mana dah. macam biasalah memang ada penunggu yang menunggu kami di tangga...alalala sian muka sedihnya mintak di kendonglah tu.

Tetap jugak aku tak dapat nak kendong, berat nih walaupun nampak kecik je tuh...

2 comments:

Mimy Hamid said...

geramnya ngan iyer....rasa nak peluk peluk..pinjam kak

Ann Ishak said...

tak boleh :)