Friday, May 25, 2012

Hiper serap dengan Kao Laurier Perfect Comfort

Biasa dengar perkataan tuala wanita, kalau yang perempuan tu mestilah biasa kan. lelaki pun biasa jugak betul tak, bukannya pelik pun.

Setiap perempuan yang dah mencapai tarikh matang memasing (waktu suburlah tu), pasti akan bertemu dengan sahabat karib masing2. dan sahabat karib ni akan menemani kita sepanjang hayat selagi diperlukanlah. ada orang yang takde masalah dengan sahabat karib ni dan ada jugak yang akan merunsingkan jugak. jadi kita kenalah peka dengan keadaan diri sendiri dan sahabat karib kita ni.

Aku memang lasak tak kira waktu walaupun di dalam waktu period. bila dah lasak tak tau duduk diam, aku perlukan sesuatu yang boleh bergerak lasak bersama aku jugak. di pasaran sekarang ni ada banyak jenis pad (tuala wanita), ada yang tebal, nipis, yang bersayap, tak bersayap, panjang, pendek...ikut je kesesuaian diri nak pakai yang mana satu. tapi satu perkara yang aku paling suka nak tau, adakah setiap jenama tuala wanita ini mampu memberikan penyerapan yang sempurna tanpa ada masalah kebocoran. ye inilah masalah utama setiap kali aku datang bulan, kalau pad yang kita gunakan itu tak bersesuaian dengan kita...masalah ni pasti akan timbul.

Tapi sekarang aku tak mengalami masalah kebocoran lagi. selepas sekian lama mencari jenama2 tuala wanita yang mampu memenuhi keperluan aku, kini aku dah suka menggunakan Laurier Perfect Comfort ni. pad adalah ultra nipis sehingga kita tak terasa semasa memakainya dan yang paling penting dengan Wonder Gel Technology and Quick Lock System, daya penyerapan adalah hiper okay. kita akan sentiasa berasa kering dan confident untuk melakukan aktiviti seharian kita.

Apa yang aku suka sangat dengan Laurier Perfect Comfort ni adalah tang pembersihannya. pad ini senang untuk di cuci, takde dah lagi masalah gel terkeluar bagai tu. tak seperti yang sebelum ni, memang horror betul setiap kali nak memcucinya.

Aku dah jumpa tuala wanita yang memberikan kuasa penyerapan hiper, ultra nipis dan jugak senang untuk di cuci. memang bestlah untuk melalui hari2 bersama teman karib setiap bulan.

10 comments:

Rai said...

horror betul pakai pad yg jenis gel tu..bila cuci gelnya terkeluar..adess..

Kakzakie said...

Kakak pun guna ini jua. Dulu guna yg biru tapi sejak dah keluar yg ini promoter juga yg kenalkan terus lekat...

Mimy Hamid said...

rindunya nak pakai pad...huhu 9 bulan pregnant + lepas bersalin till now 5 bulan...cer kira 14 bulan dah berjimat pad..hihih..pada sampai berabuk la..

LYAfrina said...

lya skarang mmg pkai libresse..rsanya xde lg pad y se best tu kot y pnh lya pakai..hehhe.. sbb dia x pecah n paling bgs nk mbasuhnya..xde pecah & tburai.. pakai pon selesa sgt.. sbb kapas dia tu maintain je..xdelah mcm jd nipis n blubang

Eri-chan said...

bolehla try lepas habis stok pad aku skrg. kalau period hari pertama or kedua boleh sampai 5 keping.

Siti Nursyuhada said...

salam perkenalan

im new blogger.... saya dh follow awak...

izla said...

rakan karib sy dh nak sampai ni. stok pon xbanyak. maybe boleh consider untuk laurier pulak.
harganya mcm mane?

Kella said...

hmmm dah dapat samplenya hari tu.. ok boleh tahan.. =)

MamaEma said...

setakat ni pakai kotex jer...hehehe

Ann Ishak said...

cubalah yg ni pulak :)