Monday, May 7, 2012

Jom Ikan Bakar...sedap nih

Tempat ni memang kemainlah ramai kalau waktu lunch hour, memang taklah aku nak datang waktu tu walaupun lauk pauk melimpah ruah.

Nama kedai ni seperti yang korang nampak dalam gambo di atas dan kedai ni terletak di area Padang Mat Sirat. kalau dari airport ke Padang Mat Sirat, kedai ni terletak di sebelah kanan jalan saja.

Lauk pauk dekat sini memang banyak pilihan tapi janganlah compare dengan apa yang ada dalam pinggan aku tu ek. aku ni memang tak berapa nak pandai makan bila banyak sangat lauk dalam pinggan, bingung jadinya tak tau nak suap yang mana satu.

Dia ni saja yang meriah isi dalam pinggan tu. serius tekun cik abang ni menyuap, sambil memuji2 kesedapan lauk pauk dekat sini...terus cakap kita lunch sini jelah setiap hari sepanjang kita dekat sini. takpe bang, i rela je

sambal belacan tak aci ambik sikit, terus semangkuk tu ha

sekali tengok macam paru tapi itu adalah daging ye anak2

Kedai berkonsepkan layan diri sendiri. kenapa kedai ni nampak kosong ek korang tanya...dah aku datang 3pm, orang dah kenyang perut pun. saja pilih waktu ni, tengok tenang senang je nak makan tanpa perlu nak bersesak2.

killer food nya adalah ikan bakar ni, Faizal pilih ikan siakap untuk santapan kami kali ni. sosnya tu memang sedap, tak payah pakai air asam pun takpe

Yang bestnya masa kami datang order, barulah mereka bakar dan memang fresh from the tempat bakar gamaknya.

Ada beberapa jenis air disediakan seperti sirap, sarsi, anggur dan air kosong pun jugak...tapi yang penting semua janis air tu adalah FOC kecuali untuk air panas or jus, itu sila bayar ye...

5 comments:

Kathy Tuah said...

baru pas makan ikan siakap masak stim..bila tengok ikan siakap bakar ni, teringin lak nak makan versi bakar ^^

lisa said...

rasa macam pernah pergi je..sedapnya semua..rasa terliur pula T__T

Mimy Hamid said...

napa tak tau ni huwaa kena gi balik langkawi la..best menu dia..tertarik

Lia said...

tetiba lia lapar ikan bakar lak.. hihii

Ann Ishak said...

tempat ni memang femes setiap kali lunch hour