Friday, May 4, 2012

Ke pantai pulak

Ini bukannya hari pertama tapi ini hari ke dua kami di Langkawi. pepetang ni memang aktiviti wajib Faizal untuk berendam bak dugong terdampar di lautan. memandangkan aku memang stay di AB Motel yang terletak di Cenang ni, senanglah sangat nak bermandi manda pun...just melintas jalan je dari bilik ke lautan.
kemain cantik pemandangan ciptaan Allah

Nampak itu dugong sedang...ermmm aku tak tau apa dia sedang cuba nak buat. seronoklah mamat tu dapat mandi laut walaupun secara solo. paling best kalau nampak minah saleh cute baekkkkkk punya kan, dan2 dia pun menempel sama dekat situ. ada macam2 activity sukan air ada dekat Pantai Cenang ni, just sediakan duit yang cukup bolehlah main semua.
Sungguhpun pemandangan cantik indah ciptaan Tuhan, kengkadang ada jugak yang membuatkan hati kita jadi walang di sini. sedang mata ni teruja memuji tetiba mata ni ternampaklah benda yang tak sepatutnya terjadi di pantai kita ni. memanglah dengan kehadiran pelancong2 asing ni akan meningkatkan lagi aliran mata wang negara kita tapi tak sesuailah budaya mereka sekali di bawa masuk kan. kengkadang tu bila berada di Pantai Cenang ni seolah2 berada di Puket pun ada jugak, dekat sini dengan senangnya nak tengok ramai je pelancong yang topless...wayang gambar free pun ada jugak dengan beach boy yang ada dekat sini. tengok budak2 tu seagama je dengan aku ni tapi...

subhanallah

Activity aku pulak just menebeng menjaga tuala dengan air je, nak mandi memang tak kuasa heh. aku memang tak suka mandi laut, mungkin dah bosan kot. maklumlah rumah makpak ai depan laut je, masa kecik2 dulu selalu sangat mandi laut. but i still suka dengan laut berbanding sungai ataupun lake. nak kutip2 siput ke apa ke dekat tepi pantai pun aku tak layan sangat, just berdiri mengawasi itu baby besar saja. kadang2 tu datang meroyannya mau mamat ni makin ke tengah.

kesian aku kan...

ai bukan beach girl ye...

Okay aku dah mengantuk meneman mamat ni, dah ku laungkan panggil naik ke daratan...haruslah berlarutan activity tercegak di tepian pantai sepanjang berada di sini nampaknya.

3 comments:

Prettywrite said...

suka la tengok view laut n langit nih..tnang jer..
ahha k.ann tak jeles ker hubby dok menempel kat minah2 saleh tu?hehe

Mimy Hamid said...

rindu bau laut langkawi la...huhuhu tp malam nak tido...seram

Ann Ishak said...

taklah pretty...mamat tu memang saja suka suki nak mengusik