tatkala cinta mengetuk hati
aku masih dalam terpinga
perlukah kuterima takdir ini
yang aku dan kau perlu bersama...
Novel yang baru saja aku habis membacanya, boleh habis dalam masa dua minggu...hohoho membanggakan tau. selalunya aku akan mengambil masa sekurang2nya sebulan untuk menghabiskan sesebuah novel, bukannya tak menarik tapi kekangan waktu tu yang membuatkan terperuk lebih lama dari membacanya. alhamdulillah kali ni aku mempunyai waktu lapang yang boleh digunakan untuk membaca semula.aku masih dalam terpinga
perlukah kuterima takdir ini
yang aku dan kau perlu bersama...
Jalan cerita memang menarik, ada lawaknya terutama sekali pasal "tukun" tu. seyes pada mulanya aku tak tau apa itu tukun, siap check dalam kamus ko...gigih nak tau jugak sebab kalau tak tau makna macam mana nak paham kan. dengan sikap Qistina Balqish yang agak cuai dan sering alpa mengundang macam2 masalah dalam hidupnya. tapi terasa kagum dengan Daniel Muaz, lelaki yang kaki perempuan tapi benar2 mencintai pada cinta yang satu ini. memang best novel ni, korang bacalah baru boleh rasainya...meh layan sinopsis dulu;
Kurela Cinta ini Bertamu...hidup ni banyak sangat rahsianya sehingga kadang2 kita tak jangka orang yang selalu kita jumpa, terlanggar bahu dengan kita itulah jodoh kita. Eh, eh macam2 ada, kan? Qistina Balqish gadis biasa, hidup sederhana, susah untuk jatuh cinta. Namun, sekali dia bercinta...selamanya tetap cintanya. Berbeza dengan Daniel Muaz, cintanya murah, sehingga kepada semua yang ditemuinya ingin diberi segalanya rasa yang ada. Modalnya mudah. Wang, kedudukan dan raut wajah.
Pertemuan tanpa diduga telah mewujudkan sebuah ikatan yang rumit, masing2 masih belum bersedia dengan rasa dan beban yang perlu digalas, namun terlanjur perbuatan, selamanya terikat dengan sebuah ikatan melainkan lafaz cerai yang diberikan. Namun, nikah cerai bukan mainan, banyak maruah yang perlu dijaga. Masing2 serba salah, rumit dan argh pening kepala!!!
Qistina Balqish: Arghhh...tanya pada hati, hati kata tak tahu. Namun, kau tak kulihat sehari, jiwa sudah berlagu rindu, bagaimana? Apakah yang perlu kubuat demi mempertahankan mahligai ni? Sedangkan ada benih yang kian bercambah di dalam rahimku.
Daniel Muaz: Huh, kenapalah sikap kau selalu menduga sabarku? Kau ingat aku ni kejam sangat ke sampai gelaran itu kau berikan? Kau tak cantik, kau bukan wanita idamanku...tapi aku dah mula angaukan kau Qish!
Haizam: Kenapa baru sekarang kusedar yang kau sebenarnya kucintai? Bolehkah kita bersama? Aku sanggup menunggu seberapa lama pun demi cinta ini.
Yasmin: Aku perempuan...aku faham renungan matanya, aku tahu erti pandangan itu. Kenapa kau tak mahu percaya sayangku???
Mampukah mereka mencapai bahagia sendiri? Entahlah, biarlah masa menentukan tapi bukankah bahagia itu perlu dicipta bukannya datang bergolek sebegitu saja.
12 comments:
Assalamualaikum..
Terima kasih :)
tgk tajuk je da jiwang
jiwang nye tajuk buku....sy bukan peminat setia n bukan jenis ulat buku...
tp kadang2 mengikuti juga novel2 yg ada sbb byk novel skrang di jdkan drama....hebat la >_<
salam perkenalan,
singgah n follow sini
dr
afasz.blogspot.com
minat jgak dgan novel2 nie..skrg kekangan masa..kalau zaman bujang dulu 2 3 hari jek dah khatam 1 novel..hikhik
sinopsisnya macam best
minta tolong follow sekali kat sini boleh
http://emajunaiha.blogspot.com
terima kasih.
x penah lagi baca novel ni..
bagilah saya novel apa pun..sanggup tak tido malam nak habiskan baca..sebab tu sekarang tak berani nak beli novel dah.. tak makan anak2 dibuatnya..hehe..
wah..like..like... like...
mcm mnarik gak novel ni
saya da x tegar lagi bc novel..
kalo tegar, sehari je boleh abes=))
x boleh baca novel2 macam ni. romantikkkkkkk sangat.....
sekali sekala layan novel romantik boleh rasa lomantik loooo...
Post a Comment