Tuesday, May 8, 2012

Makam Mahsuri sudah lain dari dulu...

Ingat lagi waktu pertama kali aku ke sini sekitar awal 90an, hanya ada 2 bangunan je dekat sini iaitu muzium + kaunter tiket dan rumah peninggalan Mahsuri ni. yang lain2 tu adalah tempat kawasan telaga, sangkar burung besar dan yang penting sekali kawasan makam Mahsuri sendiri. tapi kini dah ada pulak bangunan lain malah ada lagi yang bakal naik, aku pun tak pasti untuk apa pulak. makin sibuk aku rasa kawasan makam ni dan tidaklah sesuai nama makam tu dengan keadaan sekeliling walaupun ia adalah sebahagian dari sejarah Langkawi dan sekarang sinonim dengan panggilan Kota Mahsuri pulak.

Salah satu rumah di kawasan Kampung Kedah, macam duduk dekat rumah kampung sendiri pulak rasanya...very the desa.

assalamualaikum...ada orang di dalam, saya di luar

Kediaman Sultan Dato Pekerma Jaya dan Wan Mahora, besar betul istana ni antara bangunan yang terdapat di sekitar Makam Mahsuri.

Sememangnya setiap tahun aku ke sini, walaupun orang kata bukannya ada apa pun dekat sini tapi aku tetap akan datang jugak. pada orang lain mungkin takde apa2 kan tapi pada aku adalahhhh.

mengHijau + memBiru panorama

Tak turun aku dari rumah ni, rumah ni di dalamnya adalah tempat penjualan souvenir tapi puaslah aku mencari FM Mahsuri tapi takde ko...tak taulah memang takde ke atau aku yang tak jumpa. rata2 asyiklah gambo burung helang semedang.

Orang tua2 kita selalu kata, kalau duduk muka pintu rumah macam ni susah nak bertemu jodoh. mujur aku sudah berjodoh, yang belum berjodoh tu...jangan buat macam tu pulak. nanti tak berjodoh ;)

No comments: